Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Mohd Hashim memendekkan tugas Pengerusi SPR

13 JUN: Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Mohd Hashim Abdullah, akan memendekkan tempoh perkhidmatannya, berkuat kuasa 1 Julai depan.

SPR dalam kenyataan hari ini memaklumkan, pemendekan tempoh perkhidmatan beliau sudah diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, dan dimaklumkan melalui surat daripada Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Istana Negara, bertarikh 7 Jun lalu.

“Pemendekan tempoh perkhidmatan itu sudah dimaklumkan kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, melalui surat rasmi bertarikh 11 Jun lalu,” menurut kenyataan itu.

Mohd Hashim menyertai SPR sejak 5 September 2014 sebagai Timbalan Pengerusi sebelum dilantik ke jawatan Pengerusi pada 24 Januari 2016.

SPR sekali gus merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Mohd Hashim atas khidmat baktinya sepanjang bertugas di suruhanjaya itu.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 13 June 2018 9:11 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: