Kategori Berita Utama

Mohon maaf bukti Muhyiddin berjiwa besar – PAS tertekan

Usaha PAS mahu memalukan Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam isu ucapan Timbalan Perdana Menteri itu yang digembar gemburkan sebagai menghina keluarga Tan Sri Azizan Razak berakhirnya dengan Muhyiddin membuktikan beliau seorang pemimpin berjiwa besar dengan memohon maaf kepada keluarga bekas Menteri Besar itu.

“Bukan tujuan saya untuk orang kata mencemarkan nama baik Allahyarham atau merendah-rendahkannya atau memperkecilkannya.

“Tapi apapun saya sebutkan sebagai manusia, kalau kenyataan itu disalah tafsirkan atau menyinggung perasaan keluarga, saya minta maaf kalau silap salah tapi tujuannya tak begitu,” katanya.

tpmmaaf

Muhyiddin berjumpa dengan pemimpin Pemuda PAS Kedah memberikan penjelasan berhubung kenyataannya yang didakwa PAS menguris hati keluarga Azizan.

Menurut Muhyiddin, beliau sudah meneliti rakaman ucapannya dan berpendapat bahawa ucapan itu tidak bersifat menghina kerana beliau hanya membincangkan mengenai Bajet 2014 yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Sehubungan itu, beliau berharap agar keluarga Azizan akan memaafkannya dan melupakan kejadian tersebut.

Ekoran ucapannya di Sungai Limau Sabtu lalu, PAS khususnya Naib Presdiennya Datuk Mahfuz Omar menuntut Muhyiddin meminta maaf kerana mendakwa ucapan tersebut menghina keluarga Azizan.

Anak kelima Azizan, Mohd Rafi’ie Azizan, 32 tahun pada sidang media di pusat operasi PAS, Isnin juga berkata anggota keluarga mereka begitu terguris hati dengan kenyataan Muhyiddin itu.

Muhyiddin ketika ditemui pemberita di Bukit Choras, Sungai Limau juga berharap agar insiden berkenaan tidak akan terus digunakan sebagai bahan kempen untuk pilihan raya kecil tersebut.

Beliau turut meminta agar kenyataannya yang dirakam dalam video tersebut disemak semula.

“Pegawai saya pun mengesahkan nada saya pun bukan macam orang kata itu,” katanya.

Beliau mendakwa, perkara sebaliknya berlaku apabila kenyataannya dilaporkan dalam satu portal berita.

Muhyiddin dalam ucapannya mempertahakan pengurangan subsidi gula sebanyak 34 sen yang diumumkan kerajaan dalam pembentangan Bajet 2014.

Menurutnya, ia dilakukan untuk manfaat orang ramai dan hadirin yang hadir perlu mengambil iktibar daripada penyakit kencing manis yang dideritai Azizan.

Azizan terpaksa menjalani pembedahan memotong kedua-dua belah kakinya akibat komplikasi penyakit kencing manis.

tpmsglimau

Muhyiddin bertemu dengan guru-guru dan pelajar agama.

Dengan permohonan maaf Muhyiddin ini tentu suku sakat pembangkang semakin tertekan kerana mereka mungkin menyangka Timbalan Presiden UMNO itu tidak akan berbuat demikian.

Bahkan Muhyiddin bertemu ketua pemuda PAS Kedah, Mohd Nasir Zakaria menjelaskan perkara sebenar dan ia diterima baik pemimpin PAS itu malah menganggap isu itu sudah selesai.

Sesiapa yang mendengar ucapan itu atau rakamannya pasti tahu Muhyiddin tidak langsung membuat kenyataan tersebut bertujuan menghina atau mengaibkan keluarga Azizan.

Nampaknya, PAS semakin tertekan di Sungai Limau dengan isu yang memakan diri termasuk gambar superimpose calon mereka Mohd Azam Abdul Samat bersama Azizan serta SMS dari nombor telefon Mahfuz yang menghina calon BN, Dr Ahmad Sohaimi Lazim. -29/10/2013

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 30 October 2013 12:12 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: