Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Mohon permit sebelum kerja di luar negara

13 MAC: Warga Malaysia yang bercadang bekerja di luar negara diingatkan menggunakan prosedur yang ditetapkan kerajaan negara berkenaan.

Wisma Putra berkata rakyat negara ini perlu mendapatkan visa bekerja terlebih dahulu sebelum pergi ke negara asing.

Jangan tertipu dengan skim tertentu yang menjanjikan pekerjaan di luar negara jika visa atau permit bekerja sah tidak diperoleh terlebih dahulu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada hari ini, sebuah akhbar tempatan melaporkan lebih 5,000 rakyat Malaysia bekerja secara tidak sah di Korea Selatan.

Kebanyakan mereka dilaporkan ke negara itu sebagai pelancong, namun bertukar menjadi pendatang tanpa izin (PATI).

Wisma Putra menambah sebarang pertanyaan boleh dikemukakan secara terus kepada perwakilan Malaysia di mana-mana negara berkaitan serta maklumat boleh diperoleh melalui laman web www.kln.gov.my.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 13 March 2018 11:04 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: