Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Mohon tambahan RM15.014 bilion

Kerajaan membentang Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2013) 2013 bagi memohon peruntukan tambahan berjumlah RM15.014 bilion sebagai peruntukan mengurus tambahan pertama tahun ini.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan membentangkan rang undang-undang itu untuk bacaan kali kedua di Dewan Rakyat, Rabu.

bajetrmKatanya jumlah itu termasuk tambahan peruntukan bagi subsidi, emolumen dan beberapa keperluan mendesak lain yang merangkumi RM14.125 bilion bagi perbelanjaan tambahan untuk perkhidmatan manakala bakinya RM888.5 juta bagi tambahan Perbelanjaan Tanggungan.

Katanya peruntukan tambahan sebanyak RM14.125 bilion adalah bagi Perkhidmatan Am Perbendaharaan yang membabitkan peruntukan sebanyak RM11.8 bilion.

Menurut beliau ia melibatkan pembayaran besar untuk subsidi bayaran petroleum dan perbelanjaan emolumen.

“Ia  selaras dengan keputusan kerajaan mengumumkan penambahbaikan skim perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan skim awam lain serta kenaikan gaji tahunan yang diawalkan pada Julai lalu,” katanya. -25/9/2013

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 25 September 2013 10:39 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: