Kategori Ekonomi

Momentum kukuh pasaran modal dijangka berterusan

23 JAN: Pasaran modal tempatan dijangka terus mencatat momentum kukuh tahun ini, kata Pengerusi Bursa Malaysia, Tan Sri Amirsham A Aziz.

Beliau berkata, pasaran ekuiti tempatan terus berkembang kukuh.

Katanya, sejak 2009, Indeks FBM KLCI dan jumlah dagangan harian (ADV) berkembang sebanyak 105 peratus dan permodalan pasaran pula meningkat sebanyak 187 peratus dalam tempoh itu.

“Pada 2017, pertumbuhan ADV adalah sebanyak 27.7 peratus, tertinggi di kalangan ASEAN-5. Kami jangka momentum akan berterusan pada 2018, kedua-duanya bagi ekonomi dan pasaran modal,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Invest Malaysia 2018 hari ini.

Persidangan dua hari dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Hadir sama, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa; Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Siregar Abdullah; Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Tan Sri Ranjit Singh; Pengerusi Maybank Group, Datuk Mohaiyani Shamsudin; Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Maybank, Datuk Abdul Farid Alias dan Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia, Datuk Seri Tajuddin Atan.

Invest Malaysia kali ke-14 itu dianjurkan Bursa Malaysia dan Maybank.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 23 January 2018 11:09 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: