Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

MOSTI: Jangan panik dengan serangan Ransomware WannaCry

17 MEI: Rakyat Malaysia diingatkan sentiasa berwaspada dan tidak panik dengan ancaman serangan siber ‘Ransomware WannaCry’ yang melanda sistem rangkaian komputer di seluruh dunia ketika ini.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau berkata, kementerian bersama CyberSecurity Malaysia akan terus berusaha memastikan ruang siber negara sentiasa selamat dari apa jua serangan dan ancaman.

“Selepas kenyataan yang dibuat oleh Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia, Datuk Dr Amiruddin Abdul Wahab, kami menerima pelbagai reaksi orang ramai dari pelbagai sektor. Reaksi tersebut bukan kerana menerima ancaman serangan siber tetapi resah dan panik.

“Orang ramai jangan panik dengan situasi ini tetapi mereka harus berwaspada dan berhati-hati dalam menjalankan kehidupan seharian ketika menggunakan komputer, internet dan aplikasinya,” katanya, Rabu.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 17 May 2017 6:58 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: