Kategori Berita Utama

MoU air Selangor tidak akan dipinda hanya perjanjian dikemaskini

7  MAC: Memorandum persefahaman (MoU) di antara Kerajaan negeri Selangor dan Kerajaan Persekutuan mengenai penstrukturan semula air di negeri itu tidak akan dipinda tetapi perjanjiannya  akan diperkemaskini.

Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, setelah perbincangan dengan pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat semalam, keputusannya perjanjian tersebut akan diteruskan seperti yang telah dipersetujui sebelum ini.).

“Malam semalam (Khamis) saya telah berbincang dengan kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat dan mereka bersetuju untuk perkara ini diteruskan.

MoU Sngor-Pjaya“Walaupun ada beberapa kecurigaan tentang tanggungjawab  kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan tetapi ia mesti diselaraskan untuk menjamin rakyat Selangor mendapat manfaat terbaik daripadanya,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Program Khas Mesra Rakyat di Dewan Mesra Kajangi, Jumaat.

Abdul Khalid berkata, perbincangan telah diadakan bersama dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Penasihat DAP, Lim Kit Siang; dan pakar-pakar yang dibawa.

Jelasnya, butiran Mou dan perjanjian tersebut akan dihebahkan kepada kepimpinan PR supaya mereka dapat bersama-sama menjelaskan kebaikannya kepada rakyat, khususnya di Selangor.

“Mereka (pimpinan) akan tengok (perjanjian) untuk mereka sama-sama dapat menerangkan kepada rakyat tentang kebaikan usaha kerajaan Negeri,” katanya.

Ditanya sama ada MoU yang termeterai dengan kerajaan Persekutuan akan dipinda mengikut kehendak pimpinan PR, beliau berkata, perkara itu tidak akan berlaku.

“MoU tak ada pindaan. Yang akan dikemaskini ialah perjanjian,” katanya.

Pada Rabu lalu, Anwar meminta Khalid supaya tidak tergesa-gesa menandatangani perjanjian utama penstrukturan air di Selangor pada minggu depan.

Beliau berkata, pimpinan PR memerlukan penjelasan dan butiran lebih terperinci mengenai MoU yang dimeterai dan perjanjian yang bakal ditandatangani.

Katanya, antara yang menjadi kebimbangan PR termasuk kenaikan tarif air di Selangor, projek Langat 2 dan jumlah peruntukan yang disifatkan sebagai samar-samar.’

Malah pimpinan PR melantik Rafizi Ramli, Tony Pua dan Dr Dzulkifly Ahmad untuk memberi maklum balas kepada kerajan negeri berhubung perjanjian tersebut.

Satu persetujuan juga dicapai dengan membabitkan Tommy Thomas, pakar  perundangan dalam proses berkenaan sebagai wakil bebas yang mewakili rakyat Selangor dengan alasan memastikan perjanjian itu kukuh disisi undang-undang.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 7 March 2014 2:09 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: