Kategori Berita Utama

MoU air tidak boleh diubah sekalipun Anwar MB

28 FEB: Memorandum Persefahaman (MoU) penstrukturan semula industri bekalan air Selangor ditandatangani antara kerajaan Persekutuan dan negeri itu merupakan obligasi antara kedua pihak yang tidak boleh diubah atau pinda dalam apa keadaan sekalipun.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin, berkata, MoU berkenaan tidak boleh dipinda dan diubah sekalipun Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Menteri Besar Selangor.

Justeru itu, beliau berkata projek Loji Rawatan Air Langat 2 yang mendapat kebenaran merancang akan diteruskan sehingga siap.

EMY_1104

Muhyiddin pada sidang media di Kajang, Jumaat.
-Foto bnbbc.my oleh Hilmi Jaafar

“Rakyat akan rasa lega kerana projek ini akan berjalan tanpa terganggu dan kita harap projek ini dapat siap mengikut jadual agar sumber air dari Pahang akan mengalir ke Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas melakukan tinjauan mesra di pusat perniagaan Kwan Tung, Sungai Chua, Kajang, Jumaat.

Muhyiddin berkata demikian bila ditanya sama ada Anwar boleh menghentikan projek Langat 2 jika beliau menang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang 23 Mac ini, seterusnya menjadi Menteri Besar Selangor.

Turut hadir Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar, Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan calon Barisan Nasional (BN) bagi DUN Kajang, Datin Paduka Chew Mei Fun.

Selasa lalu, Menteri Tenaga Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili mewakili kerajaan pusat manakala kerajaan negeri Selangor diwakili Menteri Besarnya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menandatangani MoU itu di Putarajaya dan disaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

MoU Sngor-PjayaMengulas kenyataan Anwar bahawa beliau dan PKR tidak tahu menahu mengenai MoU itu, Muhyiddin berkata ia adalah satu perkara luarbiasa memandangkan Anwar adalah penasihat ekonomi kerajaan Selangor.

“Anwar tidak tahu menunjukkan beliau tidak memberikan nasihat dan hanya mahu ‘nama’ dan langsung tidak memberi perhatian (masalah air Selangor).

“Dia (Anwar) sebagai penasihat ekonomi patut ambil langkah menyelesaikan masalah air, dalam soal begini nyata beliau tak ada sumbangan,” katanya.-bbnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 28 February 2014 1:13 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: