Kategori Berita Utama

Hang duduk belah mana Mahfuz tanya MP Bagan Serai

19 JULAI: Datuk Mahfuz Omar kini sah bergelar ahli politik tidak mempunyai pendirian tetap apabila menyokong perjuangan Pakatan Harapan sekaligus mencabar kepimpinan PAS walaupun masih bergelar ahli biasa parti Islam itu.

Ahli Parlimen Bagan Serai, Datuk Noor Azmi Ghazali melabelkan Mahfuz ibarat lalang, di mana tindakannya itu tidak bagus diteladani mana-mana ahli politik serta bakal mengundang kecaman yang teruk dari masyarakat seluruhnya.

“Kalau nak hijau, katakan lah hijau kalau nak oren jilat lah betul-betul, Kalau nak jadi ahli politik yang di hormati mesti ada prinsip .jangan cuba nak naik dua bot sekali.

“Kalau naik dua bot yang berlainan arah, susah.insaf lah Mahfuz, jangan bagi org makin benci. Cuba buat keputusan betul betul, hang ni dok belah mana, macam dah hilang identiti pulak akhir-akhir ni.

“Dah nyanyok kah?” Katanya kepada BNBBC.my portal, Rabu.

Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan Ahli Parlimen PAS Pokok Sena itu yang memuji PH kerana berjaya memuktamadkan struktur dan logo rasmi pada hujung minggu lalu.

Sebelum ini, Mahfuz yang juga bekas naib presiden PAS juga dilihat kerap hadir program-program Pakatan Harapan sejak tahun lalu selain mengkritik pimpinan parti Islam.

Bagaimanapun, kepimpinan PAS masih belum mengambil tindakan terhadap beliau walaupun PAS Kedah pernah menghantar aduan kepada parti supaya tindakan diambil ke atas Mahfuz.

Sementara itu, Noor Azmi (foto) menyifatkan pembahagian kerusi dalam pakatan pembangkang akan menjadi lebih sukar walaupun sudah mempunyai struktur parti berikutan keadaan PKR, PAN, DAP dan PPBM yang dilihat tidak sehaluan sejak perpecahan Pakatan Rakyat pada 2015.

“Orang-orang macam ni lah sanggup gadai prinsip, duduk berpeluk cium orang yang mereka ludah dan maki hamun dulu. Sekarang pula jadi keliru untuk lantik siapa yang patut jadi ketua.

“Hakikatnya mereka cuba jaga hati masing-masing yang memang tak sehaluan hakikatnya,” ujar wakil rakyat UMNO itu.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 19 July 2017 4:30 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: