Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

MP Baling rakam takziah kepada keluarga Raja Ahmad

9 JUN: Ahli Parlimen Baling merakamkan ucapan takziah di atas pemergian Bekas Pengerusi BNBBC yang juga bekas Ahli Parlimen Larut Datuk Seri Raja Ahmad Raja Zainuddin pagi tadi.

Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim mengakui banyak jasa yang telah disumbangkan arwah sepanjang riwayat menjadi ahli UMNO.

“Beliau merupakan seorang yang begitu aktif khususnya dalam bidang bola sepak, FAM dan beliau banyak berjasa.

“Saya sebagai ahli parlimen yang junior, ketua bahagian yang junior dan beliau adalah orang lama kami ucapkan jutaan terima kasih kepada keluarga beliau apa yang telah beliau sumbangkan kepada parti keramat UMNO, agama bangsa dan tanahair.

“Al Fatihah buat Allahyarham Raja Ahmad, mudah-mudah roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman,” katanya ketika ditemui pada program Ziarah Kasih Tabung Haji kepada penduduk di Hulu Langat, Jumaat.

Allahyarham Raja Ahmad yang juga bekas Naib Presiden FAM meninggal dunia di Ipoh 8.45 pagi tadi selepas difahamkan diserang demam berterusan dan mengalami sakit perut berpanjangan di wad unit penjagaan rapi (ICU).

Beliau dilaporkan tidak sedar sejak dimasukkan ke hospital sehingga disahkan meninggal dunia pagi tadi.

Al Fatihah..

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 9 June 2017 2:26 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: