Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

MP DAP ditegur bangkit isu korban

Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shahbudin Yahaya menegur Ahli Parlimen DAP Ipoh Barat, M Kula Segaran supaya tidak memanjangkan isu berkaitan sembelihan korban di sekolah.

Shahabudin menegaskan perkara itu tidak sepatutnya diperbesarkan kerana rakyat berada dalam suasana yang menerima aktiviti berkaitan sebagai amalan penganut agama di negara ini.

shahuddinyahya

Sahabudin

“Penyembelihan di kawasan sekolah itu bukan dibuat di hadapan pelajar bukan Islam. Mereka tak terbabit pun dan tak dijemput pun untuk ke majlis berkenaan dan penyembelih lembu korban itu bukan penyembelihan biasa.

“Ia sebahagian daripada subjek dan korban dalam subjek agama Islam ia diajar di sekolah-sekolah termasuk dalam subjek fekah,” katanya ketika bangun mencelah ketika sesi perbahasan Bajet 2014, di Dewan Rakyat, Selasa.

Menurut Shahbudin, rakyat terutama umat Islam tidak pernah mempersoal amalan agama lain termasuk perarakan keagamaan dan sebagainya.

Baru-baru ini terdapat kritikan seorang individu yang hanya dikenali sebagai Saravanan terhadap aktiviti penyembelihan korban di sebuah sekolah di Puchong, Selangor.-29/10/2013

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 29 October 2013 5:41 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: