Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

MP Jelebu meninggal dunia

6 DIS: Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Zainudin Ismail, 57, meninggal dunia hari ini di kediamannya di Kondo Villa Puteri, Kuala Lumpur.

ADUN Pertang, Datuk Jalaluddin Alias berkata Allahyarham meninggal dunia pada 7.30 malam akibat ketumbuhan otak yang dihidapinya.

Veteran UMNO, Tan Sri Rais Yatim (tengah) menziarahi jenazah Datuk Zainudin Ismail.

“Seluruh kepemimpinan UMNO Negeri Sembilan dan kerajaan negeri menzahirkan kesedihan atas pemergian Allahyarham,” lapor sebuah portal dalam talian.

Antara yang menziarahi jenazah ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi dan bekas Ahli Parlimen Jelebu, Tan Sri Rais Yatim.

Pada 13 Mei tahun lalu, Zainudin (foto) menjalani pembedahan akibat ketumbuhan otak di Hospital Kuala Lumpur.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan empat orang anak.

Difahamkan, jenazah akan di bawa pulang untuk dikebumikan di Kampung Petaseh, Kuala Klawang, esok.

 

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 6 December 2017 9:25 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: