Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

MP Kuala Kangsar: Saya guna elemen ‘Surprise’

12 JUN: Tidak pernah terlintas disanubari wanita berusia 56 tahun itu untuk bergelar seorang pemimpin yang membela nasib masyarakat.

Namun, tidak siapa boleh melawan ketentuan ilahi selepas kematian suaminya pada Mei tahun lalu dalam tragedi helikopter terhempas di Sarawak mengubah segalanya.

Jika sebelum ini, Datin Mastura Yazid bertindak sebagai tulang belakang kepada arwah suaminya Datuk Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad yang juga mantan Ahli Parlimen Kuala Kangsar, bagaimanapun, semuanya tinggal kenangan.

Kini beliau mengambil alih tanggungjawab suaminya sebagai wakil rakyat kawasan berkenaan selepas  memenangi pilihan raya kecil tahun lepas.

Menurut ibu kepada empat orang anak, Ramadan tahun ini merupakan kali kedua bergelar ahli Parlimen.

Menurutnya, sepanjang Ramadan, beliau sentiasa berusaha untuk menghadirkan diri di segenap pelusuk Parlimen Kuala Kangsar ini bagi merasai ‘kemanisan’ bulan mulia ini dengan rakyat di parlimen ini.

“Jadual harian saya sentiasa padat dengan pelbagai program aktiviti Ziarah Nur Kasih diaturkan sepanjang Ramadan bersama warga Kuala Kangsar.

“Selain itu, majlis bersama anak yatim juga tidak terlepas daripada pandangan saya. Dan saya gembira kerana dapat mengambil peluang untuk menyalurkan sumbangan kepada golongan memerlukan,” kata Mastura dengan nada terharu.

Namun, beliau menerapkan elemen ‘surprise’ atau kejutan ketika menziarahi serta sesi berbuka dengan penduduk di Kuala Kangsar, disebabkan tidak mahu mereka bersusah payah membuat persiapan menyambutnya.

“Saya berkunjung ke lokasi mereka tanpa memberitahu mereka dengan membawa juadah makanan dan minuman.

“Harap usaha saya ini dapat menceriakan mereka,” kata Mastura yang juga seorang peguam.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 12 June 2017 10:46 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: