Kategori Berita Utama

MP Paya Besar meninggal dunia alami serangan jantung

12 FEB: Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Seri Abdul Manan Ismail meninggal dunia di kediamannya di Kuala Lumpur kira-kira 6.45 petang tadi.

Adiknya, Datuk Seri Muhammad Safian Ismail yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri, berkata abangnya berusia 70 tahun itu terjatuh di bilik air, dipercayai mengalami serangan jantung.

“Buat masa ini, arwah masih di Kuala Lumpur dan saya berurusan dengan ahli keluarga sama ada arwah akan di bawa pulang ke sini atau tidak,” katanya.

Difahamkan arwah akan disembahyangkan di masjid Hidayah 10 pagi dan dikebumi di Tanah Perkuburan Klang Gate esok.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), Abdul Manan yang juga Ketua UMNO Bahagian Paya Besar, menang dengan majoriti 7,715 undi.

Beliau menewaskan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Murnie Hidayah Anuar dan calon Bebas, Zahari Mamat.

Arwah yang turut memegang jawatan Pengerusi Yayasan FELDA sebelum ini telah melakukan beberapa perubahan demi kebaikan FELDA.

Antara yang awal hadir memberi penghormatan terakhir, Timbalan speaker Datuk Seri Ronald Kiandee, Datuk Seri Ismail Mohamed Said, Pengerusi BNBBC Tan Sri Shahrir Samad, Ahli Parlimen Setiawangsa Datuk Ahmad Fauzi Zahari, Ahli Parlimen Parit Sulong Datuk Noraini Ahmad, Ahli Parlimen Kuala Kangsar Datin Mastura Yazid, Ahli Parlimen Pasir Gudang Normala Abd Samad dan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar.

 

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 12 February 2018 10:07 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: