Kategori Tragedi MH370

MP pembangkang bersikap jelek dan menjengkelkan dalam isu MH370

26 MAC:  Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) Tan Sri Shahrir Abdul  Samad mengecam ahli-ahli parlimen pembangkang kerana bersikap jelek dan sentiasa mengambil kesempatan mempolitikkan  sesuatu isu termasuk ketika negara berdukacita dengan tragedi MH370.

Beliau menempelak Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang cukup lama dan berpengalaman di Dewan Rakyat tetapi masih mengeluarkan kenyataan berunsur sindiran tanpa menghormati peraturan persidangan atau perasaan sesetengah pihak.

Shahrir merujuk tindakan Lim yang juga ahli parlimen Gelang Patah yang mempertikai Datuk Seri Hishammudin Tun Hussein dengan mendakwa pemangku Menteri Pengangkutan itu membuat kenyataan berbeza mengenai  operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Minta Ahli BNBBC dan semua wakil rakyat BN hebah kajian TI kepada rakyat.

Shahrir…kecam sikap tidak ikhlas MP pembangkang 

Lim membuat dakwaan tersebut ketika beliau membahaskan usul  merakam takziah kepada seluruh keluarga, rakan dan kenalan penumpang MH370 yang dibentang oleh Perdana Menteri  Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat, Selasa.

Shahrir yang turut berbahas selepas Lim menegur kenyataan pemimpin veteran DAP itu tetapi Lim bangun mendakwa apa dicakap oleh Hishammuddin ada dalam penyata rasmi atau hansard.

“Saya sudah semak penyata rasmi Dewan Rakyat. Saya baca penjelasan menteri (Hishammuddin) dan tidak ada beliau sebut operasi mencari masih di Laut Cina Selatan. Semua orang tahu, operasi kini di Lautan Hindi atau di koridor selatan selepas beberapa petunjuk satelit sejak lebih seminggu lalu,” katanya.

Menurut ahli Parlimen Johor Bahru itu, Lim turut mengadakan sidang media dan memutarbelitkan fakta berkenaan.

Selain itu, katanya  ada ahli parlimen pembangkang menyindir ahli parlimen Bentong Datuk Seri Liow Tiong Lai yang bangun berbahas menyokong usul berkenaan kononnya Presiden MCA itu mahu jawatan menteri.

“Kenapa ahli-ahli parlimen pembangkang tidak boleh bersikap serius dalam hal ini sedangkan semua parti diberikan ruang membahaskan usul yang dibentang oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak,” katanya.

Shahrir berkata, tindak tanduk pembangkang menunjukkan mereka tidak ikhlas dalam perbahasan usul tersebut sebaliknya sentiasa mencari ruang menyindir mahupun menyalahkan apa sahaja tindakan kerajaan.

“Ini usul takziah kepada keluarga mangsa tragedi MH370. Tidak ada kena mengena untuk jadi menteri atau apapun  tetapi mereka (ahli parlimen pembangkang) seperti mahu lepas geram dengan kata-kata sindiran selain berperangai jelek,” ujarnya.

Malah, isu lain yang tiada kaitan dengan usul ucapan takziah turut dikaitkan oleh ahli parlimen pembangkang. -bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 26 March 2014 12:10 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: