Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

MP pembangkang diajak tangani media asing

31 MAC: Ahli parlimen Pengerang Datuk Seri Azalina Othman Said mahu pembangkang bersatu dengan kerajaan dalam isu MH370 terutama berdepan media asing memburukkan imej negara.

Katanya, laporan tidak tepat serta membuat macam-macam dakwaan tanpa bukti imej tidak baik kepada negara dan negara-negara lain.

Azalina 12 Mac“Saya berharap yang berhormat di pihak pembangkang dan kerajaan bersatu dalam isu MH370. Ini bukan sahaja kerana penumpang tetapi imej Malaysia…imej kita sebagai orang yang dituduh macam-macam (oleh media asing),” katanya ketika perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan 2013/2014 di Dewan Rakyat.

Azalina berkata, Kementerian Luar dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia mesti mengambil tindakan tegas terhadap media asing yang membuat lapuran secara agresif seolah-olah  ada elemen subversif di negara ini.

“Kita kena tunjuk ketegasan kita. Kita kena tunjuk pada dunia bahawa Malaysia tidak ada elemen subversif seperti digambarkan oleh media asing dalam isu MH370,” katanya.

Beliau turut simpati terhadap keluarga juruterbang dan pembantu yang berdepan pelbagai tohmahan ekoran kehilangan pesawat tersebut sejak 8 Mac lalu.

“Sebagai peguam, saya berpegang kepada  bukti. Kalau tak ada bukti tak boleh cakap. Saya kasihan dengan keluarga berkenaan. Kita mesti bersama mereka sehingga yang bersalah dibuktikan bersalah,” katanya.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 31 March 2014 4:50 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: