Kategori Kolum Ahli Parlimen

MP pembangkang hanya nak liputan media

Banyak perbezaan dibandingkan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan Dewan Rakyat terutama sesi perbahasan.

Itu pengakuan ahli Parlimen P079 Lipis penggal pertama, Datuk Abdul Rahman Mohamad yang sebelum ini adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Padang Tengku, satu daripada tiga kerusi DUN di Kuala Lipis, Pahang.

“Walaupun saya MP baru, banyak perbezaan dibandingkan ketika saya berada di DUN Pahang. BN yang kuasa Dewan dan pembangkang tidak ramai, di sini berbeza kerana jumlah pembangkang ramai,” katanya.

Perbezaan lain menurut Ketua UMNO Bahagian Lipis itu, adalah kalangan MP terdiri daripada mereka dalam bidang masing-masing terutama peguam, pensyarah serta profesional lain.

datukabdulrahmanlipis“Kita boleh melihat mereka berhujah dengan baik jika kena dalam bidang masing-masing apabila sesuatu isu dibangkitkan,” ujarnya.

Namun katanya, apabila MP pembangkang berbahas, mereka cuba menidakkan fakta dikemukakan pihak kerajaan sebaliknya lebih kepada tidak menerima usaha-usaha serta fakta-fakta menunjukkan kerajaan BN yang membela rakyat.

“Pada saya, sebab ada siaran langsung sidang Parlimen di TV, mereka tak cakap banyak pasal fakta ini kerana nampak seolah-olah mereka tidak membela rakyat,” kata beliau kepada Bnbbc.my ketika diminta pandangannya mengenai perbezaan sidang DUN dan Dewan Rakyat.

Abdul Rahman percaya MP pembangkang cuba menonjolkan mereka sebagai pejuang. Contohnya MP PKR Pandan, Rafizi Ramli yang membangkitkan macam-macam isu tetapi apabila disoal balik, beliau tidak dapat menjawab.

“…Tetapi Pandan cakap juga dengan harapan rakyat percayakan pembangkang,” jelas beliau.

Beliau pernah berdepan pembangkang yang mendakwa kerajaan BN tidak baik tetapi apabila bercakap di luar, mereka mengakui kerajaan betul dan baik.

“Nampak mereka mempermainkan Dewan. Mereka tunjuk mereka saja betul, pihak kita salah. Mereka hanya nak raih simpati rakyat. Dengan buat begitu, mereka dapat liputan berita, dapat ditunjuk dalam TV dan Youtube, nampaklah macam mereka hero rakyat,”  katanya.

Menurut Abdul Rahman, amat malang kerana masih ada rakyat tidak nampak sandiwara pembangkang yang tidak menunaikan tugas sebagai wakil dipilih rakyat ketika pilihan raya.

“Saya setuju jika pembangkang  tegur kesilapan kerajaan. Mana ada semua betul. Sepatutnya mereka jadi pembangkang yang baik tetapi kerana takut sokongan akan kurang, mereka buatlah yang boleh menguntungkan mereka bukannya rakyat,” tegas beliau.

Beliau menegaskan, pembangkang sewajarnya menggunakan ruang Dewan Rakyat membawa masalah rakyat bukan menjerit isu tertentu sahaja.

“Mereka juga tidak hormat Speakar. Bukan masalah tak cukup masa atau tidak dapat laluan tetapi bila ada ruang, mereka cakap perkara tak sepatutnya untuk raih sokongan sahaja,” katanya. – 26/9/2013

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 25 September 2013 2:28 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: