Kategori Kolum Ahli Parlimen

MP Pembangkang ‘mandul’

Bukan semudah dulu dapat berjumpa Khairy Jamaluddin Abu Bakar sejak bergelar Menteri Belia dan Sukan.

Dulu ketika jadi ahli BNBBC, ahli Parlimen Rembau itu boleh dikatakan kerap di Parlimen – mengambil bahagian perbahasan bersama rakan-rakan lain termasuk ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan dan ahli Parlimen Hulu Selangor, P.Kamalanathan.

khairyjamalauddin1Mereka bertiga antara kerap jadi perisai kerajaan pada sesi Parlimen Penggal ke 12 selain orang lama Dewan Rakyat ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Mokhtar Radin dan ahli Parlimen Sri Gading Datuk Mohamad Aziz.

Rezeki berada dalam Kabinet selepas PRU 13 bukan sahaja menyebelahi Khairy tetapi Rahman turut dilantik menteri manakala Kamalanathan sebagai timbalan menteri.

Justeru, ada beranggapan Penggal ke 13 Parlimen, suara-suara ahli BNBBC akan kurang berbisa kerana bukan sahaja suara Khairy, Rahman, Kamalanathan sudah tiada tetapi suara dan gelagat Mohamad juga tiada lagi.

Namun, siapa sangka suara BNBBC lebih garang dan berbisa kali ini.

Hal ini diakui sendiri Khairy malah beliau sendiri melihat suara pembangkang pula yang hilang biasa pada penggal Parlimen kini.

Menurut Ketua Pemuda UMNO itu, pada penggal lalu, suara pembangkang amat kuat dengam bilangan mereka bertambah seramai 80 orang.

“Kali ini selepas dua sesi, saya dapati sebaliknya. Walaupun, kita (BN) kurang berbanding dulu tetapi suara BNBBC semakin kuat,” katanya dalam interbiu khas di pejabatnya.

kj2

Gambar oleh:HIEKAL ROSLI dan HILMI JAAFAR

Bagi Khairy walaupun beliau bukan lagi di blok penyokong kerajaan tetapi beberapa orang boleh jadi perisai kepada kerajaan di Dewan Rakyat sekarang.

Antaranya ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Naina Merican, Datuk Abdul Azeez Rahim (Baling) serta  Aziz Sheikh Fadzir (Kulim Bandar Bharu).

“Mereka sudah  mula ambil alih peranan kami di BNBBC Ibackbencher) dulu. Kita juga ada orang lama, saya teruja lagi, saya tengok Tan Sri Annuar Musa bagus. Dia macam Tan Sri Shahrir Samad juga, mereka tiada ego, walaupun mereka bekas menteri,” ujar beliau.

Menurutnya, apabila mereka ini bercakap sebagai bekas menteri, tiada orang yang hendak menyampuk.

Sebaliknya, Khairy kecewa dengan pembangkang yang sudah bertambah bilangan seramai 89 orang di Parlimen tetapi ‘tidak garang’ seperti penggal lalu.

“Ingat mereka makin hebat, tapi tak lah sangat, Tony (Phua), Rafizi (Ramli), dia lagi hebat masa dulu, masa dia buat sidang akhbar di lobi parlimen …masuk dewan jadi mandul sikit,” ujarnya.

Katanya, inilah masalah apabila orang masuk gelanggang sebenar, mereka  mula kecut.

Dalam pada itu, Khairy percaya Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak sehebat dahulu lagi.

“Lima tahun akan datang  Anwar tidak sehebat hari ini, dia semakin berumur, sekarang ni nampakpun dia sudah meroyan sana-sini, dia bukan force lagi,” katanya.

Bagaimanapun, Khairy tidak menolak orang muda dalam pembangkang akan ambil alih pemimpin veteran masing-masing.

“Di bawah Anwar banyak lagi orang muda, anak dia (Nurul Izzah), Tony Pua, Rafizi, Chin Tong, DAP orang muda dapat undi paling tinggi (pemilihan CEC). PRU akan datang adalah post Anwar… pasca Anwar,” katanya.-8/10/2013

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 8 October 2013 7:09 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: