Kategori Analisa Isu Semasa

VIDEO MP PEMBANGKANG “TAK RETI BAHASA” BERGADUH DENGAN TIMBALAN MENTERI

5 APR: Ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan 2014 2 April lalu, Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainuddin memulakan ucapan dengan menyentuh mengenai bantuan yang diterima Malaysia daripada 26 buah negara dalam insiden kehilangan  MH370 kerana kerajaan mempunyai hubungan baik dengan banyak negara di peringkat antarabangsa.

Namun baru kira-kira tiga minit berucap, Hamzah dengan fikiran terbuka berhenti bagi memberi laluan kepada Ahli Parlimen PAS Shah Alam, Khalid Abdul Samad mencelah setelah diminta kerana menyangka Khalid mahu bertanya sesuatu atau ingin meminta penjelasan.

Bagaimanapun, setelah mendapati Khalid sekadar mengambil kesempatan memutar-belit kenyataannya mendakwa kerajaan “masuk bakul angkat sendiri” berhubung bantuan dari banyak negara luar, Hamzah bangun untuk menyambung tugasnya menjawap soalan serta menggulung perbahasan bagi pihak kementeriannya.

Namun Khalid pula yang berdegil dan beliau pula yang menyuruh Timbalan Menteri duduk!

MP PR x de adabMalah Khalid terus membebel tanpa rasa bersalah dan enggan menyerah kembali laluan yang diberikan Hamzah walau diminta balik oleh timbalan menteri berkenaan, sedangkan ketika itu adalah masa yang diperuntukkan untuk Hamzah berucap.

Terpaksalah Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia “menyekolahkan” lagi Yang Berhormat ahli-ahli Parlimen mengenai peraturan mesyuarat serta adab atau etika dalam persidangan Dewan Rakyat.

“Ahli Yang Berhormat dalam berbahas jangan lupa peraturan mesyuarat. Yang menjawap semua isu yang dibangkitkan ialah menteri (merujuk kepada Hamzah). Kalau ada ahli Yang Berhormat berdiri meminta penjelasan, itu budi bicara menteri sendiri bukan saya.

“Jadi apabila diberi penghormatan untuk ambil ‘floor’ janganlah pulak penghormatan itu diputar belit hingga menjadi kecoh,” kata Pandikar.

Untuk rekod, sebenarnya, kakitangan Parlimen, semua pegawai kerajaan, petugas kementerian, dan wartawan yang bertugas di Parlimen malah semua ahli Parlimen sendiri tahu dan menjadi saksi, hampir saban hari Pandikar  Amin atau mana-mana timbalannya yang mempengerusikan mesyuarat terpaksa mengingatkan perkara itu.

Beberapa minit selepas Hamzah meneruskan ucapannya, Khalid bingkas bangun lagi dan bersuara mencelah tanpa langsung meminta izin daripada Hamzah mahupun Pandikar Amin dan tetap menuduh Hamzah bermaksud Malaysia seolah memuji diri sendiri.

Khalid Maidin lwn HamzahTurut bangun terjerit-jerit ialah Ahli Parlimen PAS Sepang, Hanipa Maidin, kedua-duanya daripada parti yang sepatutnya mempamerkan kualiti kepimpinan terpuji serta mengamalkan sikap atau akhlak berhemah.

Hamzah yang mulai agak berang dengan sikap kedua-dua ahli Parlimen pembangkang PAS itu yang menjejaskan tugasnya untuk menjawap soalan-soalan yang dikemukan ahli Parlimen bagi menggulung perbahasan  kementeriannya, membidas mereka dengan berkata itulah sikap tabii pembangkang yang biasa mereka tunjukan sejak dahulu hingga sekarang.

Hamzah juga terpaksa mengambil sedikit daripada masa penggulungannya untuk “mengajar” ahli-ahli Parlimen pembangkang itu mengenai peraturan serta adab bermesyuarat di Dewan Rakyat.

“Sepatutnya dia (ahli Parlimen pembangkang) duduk, dia tunggu, dia catit, macam saya Tuan Pengerusi saya catit semua, sepatutnya mereka juga buat perkara yang sama, apabila saya sudah mahu habis isu itu barulah bangkit dan beritahu Pengerusi jika inginkan penjelasan daripada jawapan yang saya berikan.

MP PR x reti bhs-Hamzah Zainuddin“Ini adalah satu pengajaran kepada ahli-ahli (Parlimen pembangkang yang tak reti bahasa duduk dalam Dewan (Rakyat) hari ini,” tegas timbalan menteri luar itu.

Kenyataan beliau mencetuskan ketegangan kerana pihak yang beliau rujuk kurang senang dengan perkataan “tak reti bahasa” yang beliau gunakan.

Namun mereka tetap menggunakan kaedah ala ‘samseng kampung’ dengan bangun beramai-ramai terjerit-jerit seolah-olah cara dan budi bahasa yang mereka gunakan molek benar.

Namun Pandikar mempertahankan beliau dan berkata beliau memerhatikan tingkah laku semua anggota Dewan Rakyat dan bersetuju dengan apa yang Hamzah katakan.

Nk Pi Tandaspun bg memoMalah, kata Pandikar, Hamzah yang berstatus timbalan menteri lebih beradab serta tahu menghormati peraturan Dewan dan beliau (Speaker) sendiri hinggakan ketika mahu keluar sebentar ke tandas pun timbalan menteri berkenaan memberikan nota memaklumkan perkara itu kepada beliau (Pandikar).

Ironinya bila terkena batang hidung sendiri, setelah dikatakan “tak reti bahasa” oleh Hamzah, pandai pula ahli-ahli Parlimen pembangkang berkenaan marah dan pantas berdiri mempertikaikan soal budi bahasa dan adab sopan dalam Dewan!

Keadaan menjadi sedikit kendur apabila Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Raden secara spontan bertanya kepada Pandikar sama ada selepas ini ahli Parlimen perlu menulis memo kepada Speaker jika mahu ke tandas.

Soalan Timbalan Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisann Nasional (BNBBC) itu disambut ketawa semua ahli Parlimen termasuk Hamzah yang sebelum itu kelihatan cuba menggawal marahnya.

Akhirnya selepas lebih 15 minit, barulah Hamzah dapat menyentuh mengenai isu sebenar yang sepatutnya dibahaskan iaitu berhubung peruntukan tambahan yang dipohon oleh Kementerian Luar Negeri dalam Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan 2013.

Saksikan sendiri video sikap “”tak reti bahasa” ahli Parlimen pembangkang seperti yang dimaksudkan oleh Hamzah.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 5 April 2014 10:00 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: