Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

MP pembangkang yang keliru, bukan tim. menteri

3 DIS: Kerana gagal menafsir dan memahami kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor serta timbalannya Datuk Dr Loga Bala Mohan,  Ahli Parlimen DAP Segambut Lim Lip Eng cuba menghadapkan Loga ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.

Namun usaha Lip Eng gagal apabila ditolak Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Pandikar Amin Mulia tolak usul MP DAP Segambut Lim Lip Eng.

Pandikar Amin Mulia tolak usul MP DAP Segambut Lim Lip Eng.

Lip Eng membawa usul menghadapkan Loga Bala kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebsan mengikut Peraturan Mesyuarat 36(12) kerana mendakwa Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan itu telah mengelirukan Dewan Rakyat berhubung kenyataannya tentang kenaikan cukai taksiran.

Ketika menggulung Rang Undang-undang Perbekalan 2014 peringkat jawatankuasa Kementerian Wilayah Persekutuan pada 27 November, Loga Bala berkata kenaikan cukai taksiran di ibu negara ditangguhkan bagi memberi laluan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mendengar bantahan orang ramai bermula Januari sehingga Mac 2014.

Bagaimanapun, keesokan harinya, Tengku Adnan menegaskan kenaikan cukai taksiran dan cukai pintu DBKL tidak akan ditangguh sebaliknya tetap aakan berkuatkuasa pada 1 Januari tahun depan.

Bagaimanapun, Tengku Adnan menjelaskan bahawa pembayar cukai boleh menangguhkan pembayaran sehingga bulan Mac 2014, iaitu sehingga kadar baharu diputuskan selepas DBKL selesai mendengar bantahan daripada pelbagai pihak berhubung perkara itu.

Sebelum membuat keputusan menolak usul ahli Parlimen DAP itu, Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia telah memberi peluang Loga Bala dan Lip Eng untuk memberi hujah masing-masing.

Menurut Pandikar Amin, untuk membolehkan seseorang Ahli Parlimen dihadapkan kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan, perlu wujud kes prima facie atau memenuhi tiga pra syarat iaitu apabila kenyataan disedari salah tetapi tiada tindakan diambil untuk membetulkannnya atau wujud elemen niat jahat.

“Saya baca segala dokumen dan laporan akhbar. Apa yang dibangkitkan oleh Segambut, saya tidak nampak ada niat (Timbalan

LOGA lega usul hadapkan beliau kepada jawatankuasa ditolak.

LOGA lega usul hadapkan beliau kepada jawatankuasa ditolak.

Menteri) untuk kelirukan Dewan atau kenyataan bercanggah cuma penyampaian itu mungkin berbeza dengan menteri dan perbezaan itu disalah tafsir.

“Jadi, saya tidak nampak kenapa menteri (timbalan menteri) perlu dirujuk kepada Jawatankuasa Khas Hak dan Kebebasan,” kata Pandikar Amin di Dewan Rakyat, Selasa.

Pandikar Amin kemudiannya membantu memberi penjelasan kepada Lip Eng dengan mengatakan hakikat sebenarnya cukai berkenaan tetap akan dinaikkan.

“Tetapi jumlah muktamad hanya akan ditentukan selepas Mac 2014 setelah mengambilkira semua bantahan awam” kata Pandikar Amin sambil meminta agar semua pihak tidak mempolitikkan isu yang sudah jelas.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 3 December 2013 6:32 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: