Kategori Berita Utama

MP Setiawangsa bidas pembangkang hasut rakyat, fitnah kerajaan

17 JUN: Warga Malaysia yang bersekongkol dengan orang asing untuk membuat fitnah terhadap kepimpinan negara dianggap sebagai pembelot.

Pada masa yang sama, Ahli Parlimen Setiawangsa, Datuk Ahmad Fauzi Zahari menyelar pembangkang berikutan sanggup bersekongkol dengan pihak luar untuk menabur fitnah dan menghasut rakyat membenci para pemimpin negara.

“Pembangkang ini sudah ketandusan modal, kekeringan idea kerana sanggup bekerjasama dengan orang luar untuk membuat fitnah serta menanam kebencian rakyat kepada para pemimpin negara.

“Mereka ini patut digelar pembelot kerana bersekongkol dengan orang luar untuk menyerang dan meruntuhkan Kerajaan Persekutuan yang dipilih menerusi mandat rakyat pada pilihanraya umum lalu,” tegasnya.

Beliau berkata demikian selepas selesai menghadiri Majlis Berbuka Puasa bersama asnaf di Masjid Muadz Bin Jabal, Setiawangsa, pada Sabtu.

Fauzi turut menyampaikan sumbangan dan duit raya kepada 800 orang Asnaf  di Parlimen Setiawangsa.

Tegas Naib Ketua UMNO Bahagian Setiawangsa itu, pihak pembangkang tidak sepatutnya menggunakan modal politik ‘kitar semula’ selepas pengumuman saman sivil oleh Jabatan Keadilan Amerika (DOJ) kelmarin.

“Isu ini sudah diperjelaskan oleh Peguam Negara tahun lepas, bahawa Perdana Menteri tidak terbabit dengan siasatan DOJ dan Najib sendiri berkata bahawa beliau akan bertanggungjawab jika didapati bersalah.

“Bagaimanapun, Saya melihat pembangkang sengaja menimbulkan isu ini semula selepas kekeringan modal dan serta kelansungan politik mereka.

Justeru itu, Fauzi berharap rakyat bertindak bijak dengan tidak termakan fitnah yang dilemparkan oleh pembangkang.

“Saya minta di bulan Ramadan yang mulia ini, rakyat dapat berfikir secara bijak untuk menolak cerita-cerita fitnah pembangkang ini,” kata Setiausaha Kerja Barisan Nasioanl Wilayah Persekutuan.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 17 June 2017 9:40 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: