Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

MP Sg. Besar rancang bina kunci air

5 JAN: Ahli Parlimen Sungai Besar, Budiman Mohd. Zohdi merancang untuk membina kunci air baharu di Kampung Parit 5, Sekinchan.

Ia bagi memastikan lebihan air dari kawasan sawah dapat disalurkan ke kawasan laut secara efektif.

Dalam posting terbarunya di Facebook katanya pembinaan kunci air baharu itu dijangka akan dilakukan dalam tahun ini sekaligus membantu menyelesaikan masalah banjir kilat yang dihadapi oleh penduduk sekitar terutamanya ketika fenomena air pasang besar berlaku.

“Cadangan pembinaan kunci air yang lebih besar ini adalah bagi menggantikan kunci air sedia ada. Dengan adanya kunci air baharu, lebihan air dari kawasan sawah dapat dialirkan ke laut dengan lebih efektif,” katanya semasa mengadakan lawatan tapak di Kampung Parit 5, hari ini.

Pada masa sama, Budiman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang itu turut merangka cadangan bagi menaiktaraf tembok penahan ombak sepanjang 1.5 kilometer di kampung berkenaan bagi menghalang limpahan air laut memasuki kawasan penempatan penduduk.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 5 January 2018 9:58 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: