Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

MP Tenom mahu elaun guru diseragamkan

19 MAC : Ahli parlimen Tenom Datuk Raime Unggi mahu perbezaan elaun perumahan antara guru di Semenanjung Malaysia, Sabah dan  Sarawak diseragamkan.

Malah beliau mahu Kementerian Pendidikan membuat penjelasan dan memperincikan berhubung elaun ini kerana ia dilihat tidak selaras dan tidak setimpal dengan pengorbanan yang dilakukan oleh semua guru.

raimetenom

Raime

Menurut Raime perbezaan elaun yang berlaku sangat ketara iaitu di antara RM200 hingga RM680 mengikut gred dan kawasan.

Sementara itu ahli parlimen Tebrau, Khoo Soo Seong yang turut membahaskan usul menjunjung kasih Titah Yang DiPertuan Agong mahu  penerangan yang lebih meluas sebelum pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan, GST dilaksanakan pada April 2015.

Katanya penerangan ini perlu dibuat secara berperingkat khususnya kepada golongan berpendapatan rendah yang dilihat masih lagi tidak faham barangan dan perkhidmatan yang bagaimana akan dikenakan GST.

khoosengtebrau

Khoo…mahu penjelasan GST ditambah

Ahli parlimen Tanjong Piai,  Datuk Wee Jeck Seng pula mahu masalah hakisan pantai di Tanjung Piai segera ditangani.

Katanya, ketika ini Jajaran pantai sekitar Tanjung Piai diancam hakisan teruk berikutan kawasan perairan berhampiran yang menjadi laluan kapal dagang dari Selat Melaka ke Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) dan Singapura.

“Malah ada jambatan dan laluan pejalan kaki di kawasan itu runtuh. Cadangan pembinaan benteng penahan hakisan perlu dilaksanakan segera,” ujarnya.

Beliau juga mahu penjelasan kenapa setiap kali berlaku penukaran paip tidak dimaklumkan terlebih dahulu kepada pengguna sehingga membebankan pengguna.

Malah tempoh yang diberikan juga tidak fleksibel untuk pengguna melakukan persediaan awal.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 19 March 2014 7:45 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: