Kategori Berita Utama

MP UMNO: Hasrat Mahathir tak masuk akal

1 JUN: Tun Dr Mahathir Mohamad disifatkan tidak layak untuk memimpin negara disebabkan sudah tidak relevan dengan perkembangan semasa beikutan faktor usia beliau yang sudah lanjut.

Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Ab Aziz Kaprawi mendakwa keperibadian dan fizikal beliau juga tidak melayakkan dirinya untuk menjadi perdana menteri lagi.

“Mungkin dia ni sudah nyanyuk sebab dia orang tua, dulu dia juga yang menangis dengan penuh drama nak meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri, sekarang selepas 15 tahun dia tidak menolak pula untuk menjadi Perdana Menteri? Sesungguhnya dia memang sudah tidak layak.

“Apa yang dia tahu tentang pentadbiran sekarang? Proton? Kenyataan dia sendiri menggambarkan yang dia tidak mempunyai pengetahuan tentang perkembangan ekonomi global,” katanya kepada BNBBC.my portal, Khamis.

Tun Mahathir, 91 hari ini dilaporkan berkata beliau tidak mempunyai niat untuk menjadi perdana menteri jika Pakatan Harapan memenangi pilihan raya umum akan datang namun mungkin terpaksa menimbangnya semula jika diminta.

Beliau adalah mantan perdana menteri Malaysia ke-4 dari 1981 hingga 2003.

Sementara itu, Ahli Parlimen Mersing, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad  yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO menyifatkan hasrat bekas Presiden UMNO itu sebagai tidak masuk akal.

“Kesian, kalau Tun M lah menjadi Perdana Menteri ke- 7, dia adalah Perdana Menteri yang termuda (tua) dalam dunia,” sindirnya ringkas.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 1 June 2017 8:02 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: