Kategori Berita Utama

MPs BN sokong RUU Dadah, bela individu tidak bersalah

30 NOV: Ahli parlimen BN keseluruhannya menyokong pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Dadah Berbahaya.

Ahli parlimen Setiu, Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh berkata pindaan tersebut adalah bagi membela individu yang tidak bersalah terlibat dalam pengedaran dadah.

“Ikut budi bicara dulu cuma ada satu pilihan sahaja, tapi sekarang hakim boleh memilih sama ada nak mengenakan hukuman mati ataupun penjara seumur hidup.

“Tapi ia terhad kepada mereka yang tidak aktif dalam penjualan dadah,” katanya ketika membahaskan RUU tersebut di Dewan Rakyat, Khamis.

Tambah Zulkifly, kebanyakan mereka yang dihukum sebelum ini adalah mangsa keadaan dan mereka tidak tahu barangan yang dibawa.

“Kita nak bela orang macam ini. Sepatutnya mereka kena ambil tahu apa barang mereka nak bawa,” ujarnya lagi.

Sementara itu Ahli parlimen Gerik, Datuk Hasbullah Awang turut menyokong pindaan RUU tersebut dengan menyatakan kuasa mutlak diberikan sepenuhnya kepada hakim dalam menentukan hukuman.

“Dadah adalah sumber pendapatan kepada setengah pengedar dadah.ini kerana penguatkuasana tidak berjalan dengan lancar.ada kelompongan dan perlu dibaiki supaya penagih dadah dikenakan tindakan.

“Dengan sedikit perubahan akta dadah ini, sedikit sebanyak akan memberi kuasa kepada hakim tetapi lebih percaya kepada penguatkuasaan, tak perlu ikut landasan sedia ada,” ujarnya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 30 November 2017 4:21 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: