Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

MPs digesa tidak jadikan persidangan pentas lepas geram

5 MAC: Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin mahu ahli-ahli Parlimen tidak menjadikan sidang Dewan Rakyat yang terakhir ini sebagai pentas untuk melepaskan segala rasa tidak puas hati.

Beliau sebaliknya meminta ahli-ahli Parlimen untuk ‘meluahkan’ rasa tidak puas hati itu pada kempen parti masing-masing sewaktu Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

“Untuk sidang Dewan Rakyat kali ini, biarlah geram masing-masing itu dilepaskan masa kempen pilihan raya umum nanti. Jangan di Dewan Rakyat,” katanya ketika ditemui di Bangunan Parlimen, hari ini.

Terdahulu, majlis pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Parlimen Ke-13 disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V.

Persidangan Dewan Rakyat dijadualkan berlangsung selama 20 hari bermula hari ini hingga 5 April.

Manakala Dewan Negara dari 16 April hingga 30 April depan.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 5 March 2018 3:45 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: