Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

MRT perlengkap sistem pengangkutan awam

18 JULAI: Penggunaan pengangkutan awam di Kuala Lumpur dijangka meningkat secara drastik berikutan pembukaan Tren Aliran Massa (MRT) Sungai Buloh-Kajang- yang beroperasi secara rasmi semalam.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, lebih 500,000 orang ramai dijangka menggunakan pengangkutan awam tersebut terutamanya ketika pergi bekerja pada waktu pagi.

Menurutnya MRT berjaya melengkapkan sistem pengangkutan awam di Lembah Klang menjadi lebih sempurna dengan rangkaian jaringan pengangkutan awam lebih meluas.

“Tahun lepas, perkhidmatan ini hanya mampu menarik lebih kurang 420,000 pengguna pada waktu pagi, tapi bila selepas ini saya jangka lebih 500,000 penumpang menggunakannya pad waktu pagi.

“Sebelum ini, ketika fasa pertana MRT mula beroperasi dari Sungai Buloh ke Semantan, lebih 15,000 orang telah menggunakannya,” jelasnya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Blossom Art Festival Malaysia, Kuala Lumpur, Selasa.

Lebih menarik lagi, kata Tiong Lai, orang ramai dapat pergi ke setiap destinasi di sekitar Kuala Lumpur hanya menggunakan  pengangkutan awam melalui pembelian  satu tiket sahaja.

“Saya sendiri telah mencubanya, pergi ke kaunter mesin dan dapatkan tiket dan boleh menikmati perjalanan di seluru Kuala Lumpur menggunakan MRT, LRT, monorel atau pun komuter.

“Hanya dengan menekan satu butang, kita sudah boleh pergi ke destinasi di sekitar Kuala Lumpur menerusi pengankutan awam.

“Terdapat interchange antara MRT dengan kemudahan pengangkutan awam lain, dan ini dapat menarik orang ramai untuk menggunakan pengangkutan awam di Kuala Lumpur pada masa hadapan,” jelasnya.

Selain dapat mempercepatkan masa perjalanan dan mengurangkan kesesakan lalu lintas di Kuala Lumpur, Tiong Lai juga berkata, kadar kemalangan jalan raya dapat dikurangkan apabila orang ramai beralih untuk menggunakan pengankutan awam ke tempat kerja.

“Ini juga dapat mengurangkan jumlah kenderaan di jalan raya, 160,000 kenderaan dijangka dikurangkan setiap hari.

“Ini juga mengurangkan risiko berlaku kemalangan jalan raya terutamanya ketika ‘rushing’ ke tempat kerja pada waktu pagi,” jelasnya lagi.

Dalam perkembangan lain, Menteri Pengangkutan tersebut menegaskan kerajaan tidak mengabaikan waris-waris mangsa tragedi pesawat MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine pada tiga tahun lalu.

“Semalam saya difahamkan pihak berkuasa Belanda telah mengadakan majlis memorial memperingati tragedi dengan keluarga mangsa.

“Pihak saya juga telah mengadakan majlis memorial seperti itu bersama keluarga mangsa pada 13 Julai lalu.

“Kita juga telah mengadakan seisi dialog dengan mereka,” jelasnya lagi.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 18 July 2017 1:21 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: