Kategori Berita Utama

MT Parti Rakyat Sarawak sokong tindakan Abang Johari

18 DIS:  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sarawak  yang tidak dicalonkan untuk bertanding kerusi Parlimen di negeri itu pada PRU ke-14 mampu memberikan fokus kepada kawasan masing-masing, kata Ahli Parlimen Hulu Rajang, Datuk Wilson Ugak Kumbong.

Menurutnya, langkah dibuat Presiden PBB, Datuk Abang Johari Tun Openg bertujuan mengelakkan sindrom kehadiran ADUN tidak dirasai oleh pengundi pada masa hadapan.

Mengulas lanjut, Ahli Majlis Tertinggi Parti Rakyat Sarawak itu berkata ia tidak mengejutkan kerana perkara itu pernah dibincangkan ketika BN negeri diketuai Tan Sri Adenan Satem dan mendapat persetujuan ramai.

“Pastinya tumpuan dapat diberikan kepada kerusi DUN atau Parlimen yang dimenangi dalam segala hal seperti perlaksanaan pembangunan, memajukan ekonomi rakyat dan membela nasib penduduk di kawasan masing-masing.

“Apa gunanya dua kerusi tapi rakyat tidak merasai kehadiran kita? Jadi, ini dapat membantu wakil rakyat tidak terlalu sibuk dan boleh selalu turun padang bersama rakyat di kawasan sekaligus meningkatkan hubungan kemesraan, kepedulian antara pemimpin dan masyarakat,”jelasnya ketika dihubungi BNBBC.my portal, Isnin.

Selain itu, jelas Wilson, keadaan faktor geografi Sarawak yang terpisah dengan Laut China Selatan akan menyukarkan lagi keperluan untuk wakil rakyat hadir pada masa yang sama jika menjadi wakil rakyat di DUN dan Parlimen.

“Ini akan membantutkan apa yang hendak kita sampaikan terutamanya dalam usaha kita membela nasib dan pembangunan ekonomi rakyat di kawasan kita.

“Secara tak langsung kita boleh hilang tumpuan dan mengabaikan rakyat di kawasan kita,” kata Wilson (foto).

Semalam, Abang Johari yang juga Pengerusi BN Sarawak mengumumkan pendirian PBB tidak membenarkan penyandang kerusi DUN bertanding di kerusi Parlimen masing-masing.

Beliau juga dilaporkan mengharapkan komponen BN negeri mengikut jejak langkah PBB.

Sarawak mempunyai 31 kerusi Parlimen yang akan dipertandingkan di Sarawak pada PRU-14.

Tahun lalu, negeri digelar bumi kenyalang itu baharu selesai berhadapan Pilihan Raya Negeri ke-11.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 18 December 2017 3:13 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: