Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

MTUC desak Khalid kembalikan jawatan

22 JAN: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mendesakkan kerajaan negeri Selangor mengembalikan semula Datuk Othman Omar ke jawatannya selaku Pengurus Besar PKNS, dan Norita Md Sidek selaku Setiausaha Kerja PKNS.

Timbalan Presiden MTUC, Abdullah Sani berkata, tindakan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang menukarkan dua penjawat awam berkenaan serta merta ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor merupakan satu penganiayaan dan melanggar kod etika kerja.

Menurut beliau, alasan Khalid kononnya pertukaran itu bagi membolehkan siasatan berhubung kes pengguguran Azmin Ali daripada jawatan Ahli Lembaga Pengarah PKNS dijalankan tidak boleh diterima kerana tindakan itu seperti sudah menjatuhkan hukuman terhadap mereka sebelum kes dibicarakan.

Abdullah Sani Timbalan Presiden MTUC dan Ahli Parlimen PKR Kuala Langat

Abdullah Sani
Timbalan Presiden MTUC dan Ahli Parlimen PKR Kuala Langat

“Mengikut kod etika kerja sebelum tindakan diambil, surat tunjuk sebab atau surat memberi penjelasan itu wajib (dikeluarkan) kemudian barulah dibuat siasatan dalaman dan seterusnya pendakwaan. (Tindakan terus) menukarkan (pegawai atau kakitangan) ke jabatan lain menunjukkan hukuman telah dijatuhkan.

“Bila hukuman dijatuhkan sedangkan pendakwaan belum lagi dilaksanakan, ini satu penganiayaan. Ini tidak boleh berlaku. Prosedur itu tidak betul,” kata Abdullah ketika ditemui pemberita sambil disokong Setiausaha PKR Selangor, Amiruddin Shaari hadir bersamanya di Ibu Pejabat PKNS.

Jelas beliau, mana-mana kakitangan awam yang dikenakan tindakan seumpama itu, termasuk Othman dan Norita berhak merujuk kes mereka ke mahkamah memandangkan tindakan itu bercanggah dengan undang-undang dalam Akta Pekerja.

Abdullah yang juga Ahli Parlimen PKR Kuala Langat menegaskan, dalam konteks ini pihaknya tetap perlu mempertahankan prinsip menjaga kebajikan kakitangan awam jika jelas ada unsur penganiayaan walaupun beliau sendiri seseorang ahli PKR.

“Sesiapa yang bercanggah dengan prosedur undang-undang saya tidak boleh kompromi. Kita yakin ini penganiayaan. Kalau ikut prosedur mangsa boleh buat tindakan susulan selepas inkuiri, kemudian barulah pergi ke mahkamah dan mahkamah akan menentukan siapa yang betul atau salah.

“Ini tidak boleh berlaku dalam kita nak mereformasikan pentadbiran,” kata beliau selepas menyerahkan memorandum sokongan terhadap kakitangan awam kepada wakil PKNS,” katannya.

Justeru itu beliau mahu kemelut “lempar batu sembunyi tangan” yang sedang berlaku dalam kes pemecatan Azmin dari PKNS itu diselesaikan secara baik dengan kadar segera manakala keadilan perlu diberikan kepada penjawat awam, bukannya menakut-nakutkan mereka.

Ketika diminta mengulas berhubung Azmin, beliau turut mendesak supaya Khalid meletakkan semula Ahli Parlimen PKR Gombak itu kedalam jawatan berkenaan.

Ini kerana kontrak Azmin yang juga ADUN PKR Bukit Antarabangsa sebenarnya akan tamat pada 2015.

“Azmin punya berbeza. Tidak sepatutnya berlaku begitu. Keputusan dibuat oleh Menteri Besar tetapi mengapa Pengurus Besar PKNS yang dipersalahkan?

“Saya setuju dengan (Datuk Seri) Anwar Ibrahim. Mana mungkin seorang Pengurus Besar melucutkan jawatan seorang ahli lembaga pengarah? Luar biasa dan tak masuk akal,” kata Abdulla.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 22 January 2014 6:49 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: