Kategori Berita Utama

MUBARAK perlu main peranan tarik pengundi muda

29 SEPT : Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK) perlu memainkan peranan dalam menarik pengundi muda dengan memberi sokongan menggunakan pengalaman yang ada, namun bukan bercakap pada sejarah lama.

Ini kerana menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, semua masyarakat termasuk MUBARAK sendiri perlu hidup dalam realiti kerana pengundi muda inginkan perubahan baru demi masa depan mereka.

image“Kita tidak harus terus bernostalgia, tidak harus melayani kenangan sahaja tapi dalam keadaan ini mungkin kita harus tahu bahawa sokogan amat diperlukan bersandarkan pengalaman yang ada.

” Kita harus merangkul realiti yang berada di hadapan kita termasuk bagaimana tidak menostalgiakan pengundi pertama kali. Mereka mahukan sesuatu baru untuk masa depan mereka.mereka nak nostalgia itu hanya kenangan, kalau kemerdekaan disebabkan mereka kata itu sejarah tapi kalau mereka lupa pun tak boleh juga,” katanya ketika merasmikan Majlis Pecah Tanah Wisma MUBARAK dan Projek Komersial di Sentul, Khamis.

Katanya lagi, daripada itu keseimbangan perlu diwujudkan antara yang muda dan lama.

image“Mustahil ada yang baru jika tak ada yang lama.yang baru perlu hormat yang lama.yang lama perlu sayang yang baru.yang lama duduk diam-diam dekat atas jangan kacau yang dekat bawah, kalau buku lama itu jatuhkan diri sendiri, apatah orang pijak pula, diri sendiri yang marah,” tambahnya.

Namun perkara itu tidak dikhususkan pada mana-mana pihak dan hanya menyatakan secara umum sahaja.

imageBerikutan itu kata Zahid lagi, semua pihak tidak kira yang tua atau muda perlu meletakkan diri pada kesesuaiannya mengikut ukuran masing-masing.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 29 September 2016 1:18 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: