Kategori Berita Utama

Mufti WP: Pemimpin politik perlu tunjuk teladan

1 APRIL: Dalam bahang PRU14 yang semakin menjelang, Mufti Wilayah Persekutuan (WP), Datuk Zulkifli Mohamad Al-Bakri menasihatkan pemimpin politik terutama beragama Islam supaya menjaga adab ketika mengeluarkan kenyataan yang boleh membawa kepada perselisihan.

“Sayangnya, daripada kritikan membina kepada kem lawan, sudah ada sampai mengeluarkan kata-kata nista yang tidak melambangkan akhlak seorang Muslim.

“Justeru, mereka perlu bersatu dengan berpegang kepada agama, tidak bertelagah sesama sendiri, menjunjung akhlak dan adab, serta berkata benar dan baik.tanya.

Zulkifli (foto) berkata demikian dalam mukadimah surat itu yang disiarkan di laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Sejak awal tahun ini, pemimpin politik di negara ini dilaporkan menyerang satu sama lain menggunakan kata-kata sindiran serta pedas demi kelansungan politik masing-masing.

Pada masa sama, beliau menuntut golongan itu menjauhi perbuatan melabel serta memberi gelaran tidak baik terhadap pihak lain.

“Jika baik ucapan pemimpin, maka baiklah yang dituturkan penyokong. Jika sebaliknya, itulah ‘modal’ bagi penyokong melemparkan kata-kata nista kepada lawan.

“Ingatlah, boleh jadi orang dihina itu jauh lebih mulia dan baik daripada kita,” katanya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 1 April 2018 2:27 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: