Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Muhyiddin calon MB Johor?

18 APRIL: Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin disahkan akan mempertahankan kerusi parlimen Pagoh.

Pada masa sama, bekas Timbalan Presiden UMNO itu juga akan bertanding kerusi DUN Gambir di Muar Johor.

Ia dimaklumkan Setiausaha PPBM Johor, Datuk Osman Sapian malam tadi di Johor Bahru.

“Ya tapi pengumuman rasmi dijadual dibuat pada Khamis ini di Pagoh dan surat watikah diberikan pada 25 April,” katanya.

Berdasarkan pembahagian kerusi dalam Pakatan Harapan, PPBM akan bertanding 10 kerusi Parlimen dan 18 kerusi DUN di Johor.

Pengumuman ini menguatkan lagi spekulasi bahawa Muhyiddin berkemungkinan dicalonkan sebagai Menteri Besar sekiranya pembangkang menawan negeri kelahiran UMNO.

Muhyiddin pernah menjadi Menteri Besar Johor bermula 1986 hingga 1995 ketika bersama UMNO.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 18 April 2018 12:23 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: