Kategori Berita Utama

Muhyiddin disaman RM10 juta

6 JUN: Bekas ketua aktivis PPBM, Negeri Sembilan, Mohd Anas Sudin sudah memfailkan saman fitnah terhadap presiden parti itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Peguam kepada Anas, Hazwan Mohd Nor berkata saman itu di failkan di  Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Hazwan juga mengesahkan Anas menuntut RM10 juta sebagai ganti rugi.

Sementara itu Anas menegaskan, beliau kecewa dituduh menjadi ahli PKR oleh bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

“Fitnah ini telah memberi kesan ke atas saya dan masyarakat. Ada yang menuduh saya menjadi lalang dan tupai.

Bekas ketua aktivis PPBM, Negeri Sembilan, Mohd Anas Sudin ( kanan).

“Saya amat kecewa kerana selepas  bersama UMNO selama 30 tahun dan berkorban apabila menyertai PPBM. Saya tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan PKR, bagaimana beliau boleh menuduh saya sebagai ahli PKR?,” tambah Anas di perkarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Selasa.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 6 June 2017 3:06 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: