Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Muhyiddin umum pendaftaran PH sudah lulus

16 MEI: Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) sudah meluluskan permohonan Pakatan Harapan (PH) sebagai parti gabungan.

Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dinamakan sebagai Menteri Dalam Negeri memaklumkan berita itu ketika berucap pada Himpunan Merdeka Rakyat di Padang Timur di sini, malam ini.

Presiden PPBM itu berkata, beliau dimaklumkan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Alwi Ibrahim berhubung kelulusan itu hari ini.

“Malam ini saya mengumumkan sebagai Menteri KDN, suatu keputusan yang sudah lama ditunggu, tanpa membabitkan saya kerana saya belum mengangkat sumpah.

“Ingin saya maklumkan, permohonan PH untuk didaftarkan, diluluskan hari ini. Ketua Setiausaha KDN sudah memaklumkan saya tadi,” katanya.

PH adalah gabungan parti politik membabitkan PKR, DAP, Parti Amanah Negara (PAN) dan PPBM.

Sementara itu, Muhyiddin berkata, status PPBM sebagai sebuah pertubuhan juga sudah disahkan dan kini boleh menjalankan pelbagai program berkaitan politik tanpa masalah.

Sebelum ini, permohonan PH untuk didaftarkan sebagai sebuah gabungan tidak dapat diluluskan oleh ROS kerana masalah status PPBM.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 16 May 2018 11:37 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: