Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Mukhriz guna Mercedes ‘pusaka’ kerajaan PAS Kedah

6 JAN: Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir menafikan kerajaan negeri Kedah membeli sebuah kereta jenis Mercedes-Benz S300L yang baharu untuk kegunaan beliau sebagai kenderaan rasmi.

Mukhriz berkata sehingga kini beliau masih lagi menggunakan kereta Mercedes Benz S350 dengan nombor pendaftaran KCX 8 yang dibeli pada zaman pentadbiran Pas Kedah dan digunakan bekas menteri besar Allahyarham Tan Sri Azizan Razak.

Manakala kereta Mercedes Benz S300L yang digembar-gemburkan dalam beberapa blog khususnya yang pro-pembangkang ketika ini adalah milik peribadi beliau yang dibelinya sendiri.

Kereta berkenaan yang dibeli dua tahun lalu disimpan di rumahnya di Kuala Lumpur dan digunakan sebagai kenderaan rasmi jika ada urusan sebagai Menteri Besar di ibu negara.

Gambar sebuah kereta Mercedes Benz S300L disebarkan secara meluas di media sosial dengan mendakwa ia dibeli menggunakan wang kerajaan negeri Kedah.

Ketika ditanya adakah kerajaan negeri Kedah akan menukar kenderaan rasmi beliau Mukhriz berkata perkara itu akan diputuskan kemudian.

Sehingga kini beliau masih menunggu maklumat terperinci daripada pihak Proton dan Kerajaan Persekutuan memberi maklum balas positif mengenai perkara itu.

Mukhriz berkata, kerajaan negeri juga telah memutuskan kereta Toyota Camry yang digunakan kerajaan PAS terdahulu akan dijual kepada para EXCO sebelum ini (kerajaan PAS dahulu) jika anggota kerajaan pimpinan beliau mahu menukar kereta baru.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perhimpunan Bulanan di Wisma Darulaman, Alor Setar

Tidak tepat

Tidak tepat…ini kereta ‘pusaka’ yang diwarisi daripada kerajaan negeri PAS Kedah sebelum ini.

Tohmahan kononnya Mukhriz turut menggunakan kereta mewah jenis Mercedes-Benz S300L yang sama seperti baru dibelikan kerajaan negeri Pulau Pinang untuk Ketua Menterinya Lim Guan Eng disebarkan dalam akaun Facebook (FB) menggunakan nama Buletin Pakatan Rakyat sejak minggu lepas.

Ia bertujuan membela Guan Eng, yang dikecam hebat kerana sanggup menerima kereta mewah Mercedes-Benz S300L daripada kerajaan negeri Pulau Pinang walaupun baru dua bulan menggunakan kereta Toyota Camry 2.5 sedangkan beliau memperjuangkan agar kerajaan Persekutuan berjimat, serta pernah mengutuk kerajaan Barisan Nasional (BN) negeri Terengganu kerana membeli 24 buah Mercedes dahulu.

Turut dipersoalkan hubungan pembekal Mercedes-Benz S300L berkenaan dengan Guan Eng atau mana-mana pihak dalam kerajaan negeri Pulau Pinang kerana peniaga berkenaan sanggup memberikan potongan harga 55 peratus, yang termasuk diskaun sebanyak RM100,000 disamping pengecualian cukai.

Malah peniaga itu disyaki mempunyai kepentingan kerana sanggup memberi jaminan kerajaan negeri Pulau Pinang tidak perlu membeli kereta Mercedes-Benz S300L itu dan boleh memulangkannya jika permohonan pengecualian cukai tidak diluluskan.

Ramai yang menyifatkan nampaknya besar betul ‘kabel’ pembekal Mercedes-Benz S300L berkenaan-bnbbc.my

Kereta milik peribadi Mukhriz yang dibelinya sendiri dua tahun lalu tetapi didakwa dibeli menggunakan wang kerajaan negeri Kedah oleh blog-blog pro-pembangkang.

Kereta milik peribadi Mukhriz yang dibelinya sendiri dua tahun lalu tetapi didakwa dibeli menggunakan wang kerajaan negeri Kedah oleh blog-blog pro-pembangkang.

Dakwaan Mukhriz pun beli Merc baru

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 6 January 2014 5:26 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: