Kategori Berita Utama

Mukhriz sedia jadi Adun angkat DUN Sg Limau

Berita gembira kepada penduduk  Sungai Limau apaila Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir umum beliau akan menjadi anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan itu sekiranya Barisan Nasional (BN) menang pilihan raya kecil  4 November.

Ini bermakna jika BN diberi mandat, penduduk bukan sahaja mendapat calon BN, Dr Ahmad Sohaimi Lazim yang mempunyai ijazah kedoktoran sebagai Adun, tetapi juga menteri besar sebagai Adun angkat.

Secara tidak langsung, ini menjadikan Sungai Limau mendapat perhatian dan kidmat istimewa dua pemimpin BN.

mbsohaimi

Mukhriz sedia jadi Adun angkat DUN Sungai Limau jika Dr Sohaimi menang 4 November ini

Pengerusi BN Kedah itu berkata ia juga selari dengan slogan PRK PAS iaitu ‘Kekal’, kerana penduduk DUN Sungai Limau akan turut memiliki seorang Adun menteri besar seperti sebelum ini semasa Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak menjadi Menteri Besar Kedah selepas pilihan raya umum ke-12.

Mukhriz berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui tengah malam tadi sebelum bermalam di rumah keluarga angkatnya di Permatang Buluh, dekat Yan.

“Pihak lawan menggunakan slogan Kekal, saya cuba nak faham apa maksudnya, dahulu kerana Adunnya bekas menteri besar…kalau nak kekalkan dengan calon PAS sekarang, maka DUN ini akan dapat wakil rakyat mewakili pembangkang,” katanya.

“Maka itu satu perbezaan yang begitu ketara sekali dan tidaklah bersifat kekal, oleh kerana itu saya cadangkan kalau diberikan mandat ini kepada BN, barulah akan ada seorang Adun yang juga daripada parti memerintah dan saya sendiri melantik diri saya sebagai Adun angkat…maka itu paling terdekat kepada mengekalkan keadaan yang terdahulu,” katanya.

Mukhriz berkata keputusan itu dibuatnya sendiri sebagai Menteri Besar dan perkara biasa dilakukannya bagi beberapa DUN yang BN pernah kalah sebelum ini. -1/11/2013

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 1 November 2013 3:46 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: