Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Mukhriz serah tiga nama calon pada TPM

Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir telah menyerahkan tiga nama berpotensi bagi dipertimbangkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Limau kepada Timbalan Perdana Menteri di Putrajaya, pagi Isnin.

Bagaimanapun, nama calon pilihan hanya akan diumumkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassini selaku Pengarah PRK itu dua hari sebelum tarikh penamaan calon pada 23 Oktober ini.

“Apa boleh saya cakap ialah faktor yang diambil kira ialah calon tempatan, dikenali ramai, biasa bergerak di kawasan Sungai Limau dan berkeupayaan untuk menang juga diambil kira.spr

“Jadi, kita tunggulah. Sebagai ‘underdog’, saya percaya peluang kita untuk menang pada ketika ini iaitu ketika calon BN dan Pas belum diputuskan ialah 40 peratus,” katanya ketika ditemui pemberita di Hotel Tabung Haji di Kuala Terengganu.

Bagaimanapun katanya, UMNO akan berusaha untuk meningkatkan lagi peratusan itu agar peluang kemenangan lebih tinggi.

Kerusi DUN Sungai Limau yang terletak dalam kawasan Parlimen Jerai diisytihar kosong susulan kematian penyandang Tan Sri Azizan Abdul Razak yang juga bekas Menteri Besar pada 26 September lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh Pilihan Raya Kecil DUN Sungai Limau jatuh pada 4 November manakala hari penamaan calon pula ditetapkan 23 Oktober.

Mukhriz berharap tidak timbul sebarang masalah pada kempen PRK kali ini bagi memastikan hubungan baik di antara kerajaan negeri dengan jentera Pas di DUN berkenaan berkekalan.-8/10/2013

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 8 October 2013 2:08 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: