Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Muktamar PAS dilanda ribut, khemah runtuh 4 hilang

29 APRIL : Kemeriahan Muktamar Tahunan PAS ke-63 di Kompleks PAS Kota Sarang Semut, Alor Setar Kedah bertukar tragedi apabila beberapa pengunjung dilaporkan cedera dan terperangkap dalam runtuhan khemah akibat ribut kuat petang Sabtu.

Berdasarkan laporan awal Mstar, empat pengunjung yang menghadiri bazar jualan bersebelahan kompleks itu hilang dalam kejadian tersebut.

Selain itu beberapa mangsa juga mengalami kecederaan akibat terkena runtuhan khemah, tetapi jumlah sebenar mangsa masih belum dapat dipastikan.

Beberapa unit jentera bomba dan ambulan dikerah ke lokasi kejadian untuk menyelamatkan dan merawat mangsa yang cedera atau hilang.

Difahamkan, khemah utama yang digunakan oleh Dewan Pemuda PAS runtuh  susulan kejadian ribut itu yang berlaku kira-kira pukul 7 petang.

Selain itu, beberapa khemah peniaga juga rosak teruk dalam kejadian berkenaan.

Unit keselamatan PAS atau Jabatan Amal juga tidak membenarkan orang awam termasuk media untuk memasuki kawasan tersebut bagi memberi laluan kepada pasukan penyelamat menjalankan tugas.

Muktamar kali ini dihadiri bukan sahaja dihadiri oleh perwakilan daripada seluruh negara tetapi ribuan penduduk dan penyokong PAS yang berkunjung ke kawasan jualan bazaar yang diadakan di sekitar kompleks tersebut.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 29 April 2017 9:37 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: