Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Muktamar PAS diteruskan- Takiyuddin

29 APRIL: Susulan kejadian ribut yang berlaku di kawasan perkarangan Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut malam tadi telah mencederakan enam orang.

Menurut Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan, mangsa-mangsa terbabit telah dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk menerima rawatan lanjut.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 malam itu, semua mangsa cedera selepas dihempap besi khemah gerai-gerai peniaga di kawasan berkenaan.

“Keadaan terkawal dan orang awam yang berada di perkarangan kompleks ini diarahkan untuk berpindah ke dalam bangunan.

“Muktamar Tahunan PAS Ke-63 yang memasuki hari kedua akan diteruskan mengikut jadual seperti biasa esok,” katanya ketika dihubungi utusan online hari ini.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 29 April 2017 11:25 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: