Kategori Semasa/Laporan Sidang ParlimenUncategorized

Musa bawa isu KM Sabah ke pengadilan

17 MEI: Tan Sri Musa Aman hari ini memfailkan writ saman terhadap Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dan Datuk Seri Shafie Apdal memohon pengisytiharan bahawa dirinya kekal sebagai ketua menteri Sabah yang sah.

Writ itu juga memohon pengisytiharan bahawa majlis mengangkat sumpah Shafie yang juga presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) sebagai Ketua Menteri oleh Yang Dipertua Negeri Sabah adalah menyalahi perlembagaan.

Writ itu juga memohon pengisytiharan bahawa apa-apa dan semua tindakan oleh Shafie yang dikatakan sebagai Ketua Menteri adalah batal, tidak sah dan tidak terpakai.

Writ itu difailkan oleh Tetuan F.T. Ahmad (amp) Co, yang mewakili Musa dan menamakan Tun Juhar dan Mohd Shafie, masing-masing sebagai responden pertama dan kedua.

Di bawah Kaedah-kaedah Mahkamah 2012, sebaik writ diserahkan, Juhar dan Shafie mempunyai tempoh 14 hari untuk memfailkan kehadiran.

Musa mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri pada 10 Mei sementara Mohd Shafie mengangkat sumpah pada 12 Mei.

Bagaimanapun, Setiausaha Sulit kepada Yang Dipertua Negeri Sabah, Abinan Asli pada Isnin menyampaikan surat pemberitahuan bahawa Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah itu bukan lagi ketua menteri Sabah.

alam pada itu, Mohd Shafie menyerahkan kepada mahkamah untuk membuat keputusan berhubung saman tersebut.

 

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 17 May 2018 10:21 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: