Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Musa: Jangan percaya cakap pembuyuk

24 FEB: Kerajaan Sabah tidak pernah membezakan bangsa, suku kaum dan agama di bawah pentadbiran BN.

Sebaliknya, Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman berkata semua kaum sentiasa bekerjasama untuk kepentingan generasi kini dan akan datang.

“Sabah dalam Malaysia bersatu padu dan bekerjasama. Ini budaya BN dan oleh itu rakyat harus waspada.

“Jangan dengar hasutan parti pembangkang, percayalah janji pembangkang semua tak betul, mereka cakap saja, macam-macam janji bulan dan bintang, bohong. Orang Sipitang cakap pembuyuk (pembohong),” katanya hari ini di Beaufort.

Beliau berkata demikian pada program Jelajah Yayasan Sabah Bersama Rakyat, Peringkat Zon Pedalaman Selatan yang turut dihadiri Pengarah Yayasan Sabah merangkap Ahli Parlimen Sipitang, Datuk Sapawi Ahmad.

Pada masa sama, Musa yang juga Pengerusi BN Sabah turut membidas pemimpin pembangkang yang dulunya berada dalam UMNO, kini membuat pelbagai janji kepada rakyat Sabah.

“Pemimpin ini pernah jadi menteri, ada dana ada kuasa tetapi apa yang dia beri kepada kita rakyat Sabah, tidak ada.

“Sekarang sudah tiada kuasa tiada dana, tetapi macam-macam janji,” katanya.

Walaupun tidak menyebut nama, kenyataan Musa dipercayai merujuk kepada Datuk Seri Shafie Apdal yang keluar dari UMNO.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 24 February 2018 7:04 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: