Kategori Berita Antarabangsa

Myanmar rayu bantuan antarabangsa

4 OGOS : Kerajaan Myanmar merayu bantuan antarabangsa susulan banjir yang sehingga kini telah mengorbankan 46 nyawa penduduknya dan menjejaskan lebih 210,000 yang lain.

Empat kawasan di negara itu telah diisytiharkan kawasan bencana dengan natijah banjir dan tanah runtuh.

BANJIR MYANMARBanyak kawasan masih terputus hubungan kerana paras air banjir dan jalan rosak.

Kerajaan Myanmar juga mengaku sekadar mampu memberikan tindakbalas lemah dalam menangani bencana itu.

Menteri Penerangan, Ye Htut berkata, amaran banjir tidak sampai ke semua pihak dan berlaku kekeliruan dalam proses pemindahan mangsa.

Myanmar mengalami banjir setiap kali musim monsun namun musibah kali ini diakui agak teruk.

Rayuan bantuan antarabangsa Myanmar dibuat menerusi laman Facebook kepada agensi Pertubuhan Bangsa-myanmar banjirBangsa Bersatu (PBB) dan negara penyumbang bantuan kemanusiaan.

“Kami bekerjasama dan mempelawa bantuan antarabangsa, kami telah mula menghubungi pertubuhan dan negara-negara yang bersedia menyumbang,” kata Ye Htut.

Sistem pengangkutan, bekalan elektrik dan komunikasi masih gagal berfungsi di empat kawasan bencana.

Akses ke lokasi terbabit masih cabaran utama lantaran serpihan hanyut yang membahayakan pengangkutan bot manakala tanah runtuh pula menghalang laluan darat.

Bekalan makanan dijangka akan menjadi masalah jangka panjang lantaran banjir yang menenggelami kawasan ladang ternakan dan tanaman.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 5 August 2015 12:09 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: