Kategori Berita Utama

Myanmar tak boleh berdolak dalih selesai isu Rohingya

25 NOV: Kerajaan Myanmar tidak boleh berdolak dalih dalam isu pelarian Rohingya dan mesti mencari penyelesaian untuk menerima kembali rakyat mereka yang lari ke beberapa negara lain.

Ini kerana menurut Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee, keadaan tersebut turut membebankan beberapa negara jiran lain termasuk Malaysia yang kini menerima 62 ribu pelarian Rohingya.

“Penempatan pelarian terbesar di Cox’s Bazar Bangladesh sungguh menyayat hati dalam keadaan tidak sesuai untuk kehidupan seorang manusia biasa. Mereka memerlukan bahan makanan, perubatan, pakaian dan sebagainya untuk kehidupan mereka berhari-hari.

“Tentu sekali bantuan tidak mencukupi bagi menampung keperluan satu juta manusia yang tersisih di beberapa khemah di Bangladesh.

“Lawatan ahli parlimen bukan sahaja akan membuka mata rakyat untuk hulurkan bantuan, malah ia akan dapat gerakkan hati masyarakat dunia hulurkan bantuan.

“Tetapi Myanmar tidak boleh berdolak dalih dan perlu terima semula masyarakat Rohingya bagi ringankan beban negara yang terlibat dalam konflik yang berlaku,” katanya kepada BNBBC.my portal pada Sabtu.

Turut serta dalam lawatan ini Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Aziz Kaprawi.

Terdahulu beliau bersama 12 ahli parlimen telah membuat lawatan di kem pelarian Balukhali bagi melihat sendiri kesengsaraan yang dihadapi mereka.

Menurut Ronald lagi, kerajaan Myanmar harus bertegas mencari penyelesaian untuk jangka masa panjang kerana bantuan yang diberikan banyak pihak termasuklah Malaysia hanyalah penyelesaian sementara untuk memenuhi segala keperluan mereka.

“Bantuan ini penyelesaian sementara bagi masyarakat ini, penyelesaian kekal adalah kerajaan Myanmar mudahkan kepulangan masyarat Rohingya ke tempat asal mereka.

“Dalam keadaan sekarang ini Bangladesh dicabar sebegini ramai pelarian negara jiran temasuk Malaysia terima cabaran lebih 62 ribu pelarian Rohingya yang berdaftar. Ini bukan masalah dalaman Myanmar kerana libatkan negara jiran termasuk Malaysia,” ujarnya lagi.

Di kem Balukhali, Ronald dan ahli-ahli parlimen BNBBC dan wakil PAS serta PKR menyerahkan sumbangan selimut dan makanan.

Ke semua ahli rombangan termasuk pegawai Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Dalam Negeri serta agensi lain menghabiskan 2 jam melihat sendiri keperitan hidup etnik Rohingya di kem tersebut.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 25 November 2017 5:50 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: