Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Mydin sahut seruan turun harga barang

13 FEB : Pasar raya Mydin menawarkan diskaun sehingga 30 peratus untuk 50 barang terpilih di 18 buah pasar rayanya, 16 emporium dan tiga bazar di seluruh negara mulai hari ini.

Antara barangan yang ditawarkan diskaun itu termasuk ikan bawal, ikan selar kuning, cili merah, Milo (400 gram), timun, kopi cap Hang Tuah, rempah ratus Adabi (250 gram) dan lampin pakai buang jenama Huggies Drypers.

mydin“Mydin berazam untuk membantu mewujudkan persekitaran sosio-ekonomi yang harmoni di negara ini.

“Saya terkilan bahawa terdapat sekumpulan kecil pembekal dan pengeluar yang masih tidak menurunkan harga barang.

“Saya juga mahu pasar besar yang lain untuk bersama-sama mempromosikan saranan yang mulia ini,” kata Pengarah Urusannya, Datuk Ameer Ali Mydin.

Menurutnya, Mydin Mohamed Holdings Bhd (Mydin) menyahut seruan kerajaan terhadap pemborong, peniaga, pembekal dan penternak agar menurunkan harga barangan sejajar dengan penurunan harga minyak.

“Kami menawarkan diskaun untuk memastikan rakyat tidak terbeban terutamanya mereka yang berpendapatan rendah,” kata Ameer.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 13 February 2015 4:16 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: