Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

MyPPP hanya minta 2 kerusi

14 MAC: Parti Progresif Penduduk (MyPPP) hanya menuntut kerusi kawasan Parlimen Cameron Highlands dan kerusi DUN Buntong untuk ditandingi dalam PRU14, kata presidennya, Tan Sri M Kayveas.

“Daripada 222 kerusi parlimen, MyPPP hanya minta Cameron Highlands dan daripada lebih 500 kerusi DUN, kita hanya mahu Buntong.

“Kita mahu kawasan yang kita telah bertungkus lumus kerja,” katanya dipetik.

Menurutnya, MyPPP sudah bekerja memenangi hati rakyat di kawasan berkenaan dan yakin calonnya mampu mendapat sokongan penuh untuk memenanginya.

“Pengerusi BN perlu pilih calon yang disukai rakyat, bukan calon payung terjun.

“Ini akan jadi satu keputusan yang penting dan kita tidak akan terima sahaja tanpa apa-apa perbincangan rapi dan teliti untuk masa depan MyPPP,” kata Kavyeas.

Sementara itu ditanya mengenai kerusi Parlimen Kepong dan Batu, beliau menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti membuat keputusan.

“Kita dah serah Kepong kepada GERAKAN, ada desas-desus nak bagi Batu kepada MyPPP dan calon adalah Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Loga Bala Mohan yang berkhidmat dengan baik untuk rakyat.

Tapi saya serah kepada pimpinan BN,” kata bekas Ahli Parlimen Taiping itu.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 14 March 2018 5:51 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: