Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

MyPPP masih kekal bersama BN

17 APRIL: Pimpinan MyPPP hari ini menyatakan pendiriannya untuk terus setia bersama BN.

Bagaimanapun, Presidennya, Tan Sri M Kayveas berkata keputusan terbabit berkemungkinan berubah selepas perjumpaan dengan Pengerusi BN bagi penentuan pembahagian kerusi dimuktamadkan.

“Majlis Tertinggi parti sebulat suara memutuskan untuk terus bersama dengan BN.

“Pada masa sama, kami tegaskan bahawa MyPPP patut diberi pertimbangan untuk bertanding di kerusi Cameron Highlands,” katanya di perkarangan pejabat parti di ibu kota.

Kavyeas (foto) turut berkata beliau tidak akan bertanding di kerusi Parlimen Segambut yang ditawarkan kepada partinya.

Kerusi Cameron Highlands menjadi rebutan antara MyPPP dan MIC sejak tahun lalu.

Sehingga hari ini, pimpinan BN belum mengeluarkan sebarang kata pemutus berkenaan hak milik sebenar kerusi berkenaan.

Secara tradisinya, Cameron Highlands ditandingi MIC sejak beberapa penggal lalu.

Ketika ini, ia disandang oleh bekas Presiden MIC, Datuk Seri S Palanivel, yang secara automatik bukan ahli parti sejak 2015.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 17 April 2018 7:22 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: