Kategori Ekonomi

Myvi capai pengeluaran ke sejuta

13 JUN: PERODUA Myvi melakar satu lagi sejarah tersendiri apabila menghasilkan unit ke sejuta di kilangnya di Rawang, Selangor pada hujung minggu lalu.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA), Datuk Dr Aminar Rashid Salleh berkata model kenderaan itu diperkenalkan pada Mei 2005 kekal sebagai antara model kenderaan paling laris dijual di negara ini.

Masanori Takahashi memasang logo ke atas pengeluarn kereta Myvi ke sejuta.

“Myvi mencatatkan standard baharu bagi kami dari segi tawaran produk serta jangkaan pengguna dan ia menjadi penanda aras bagi semua model pada masa depan,” kata beliau dalam satu kenyataan, Selasa.

Manakala bagi eksport keluar, Myvi dijual di enam negara sejak 2006, termasuk Mauritius, Brunei, Singapura, United Kingdom, Fiji dan Nepal di bawah jenama PERODUA.

Bagaimanapun pasaran eksport terbesar Myvi adalah Indonesia di bawah jenama Daihatsu Sirion, yang menyaksikan hampir 31,000 kenderaan dijual sejak 2007.

Secara keseluruhan, PERODUA mengeksport 35,400 model Myvi/Sirion sejak 2006 untuk pasaran berkenaan.

Bagi meraikan pengeluaran model ke sejuta, satu majlis istimewa dianjurkan bebarapa hari lalu yang dirasmikan Presiden PERODUA Auto Corporation Sdn Bhd (PCSB), Masanori Takahashi serta Naib Presiden PCSB, Datuk Zainal Abidin Ahmad.

Sementara itu, Aminar berkata, berdasarkan pengiraan dalaman PERODUA, semua model Myvi, Alza, Axia dan Bezza mengekalkan kedudukan mereka sebagai kenderaan pilihan dalam segmen masing-masing.

“Kami berterima kasih kepada semua rakyat Malaysia atas sokongan mereka, ” katanya.

Bagi tempoh lima bulan pertama tahun ini, PERODUA menjual 81,900 kenderaan, iaitu peningkatan 5.9 peratus berbanding 77,300 unit yang dijual pada tempoh sama 2016.

Syarikat itu mengunjurkan jumlah keseluruhan industri (TIV) bagi tempoh lima bulan pertama tahun ini iaitu sebanyak 233,700 unit.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 13 June 2017 8:43 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: