Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

NADMA lebih bersedia bantu mangsa banjir

14 NOV: Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim menegaskan Agensi Pengurusan Bencana Alam (NADMA) telah berjaya memainkan peranannya dalam menguruskan kerja-kerja menyelamat dan membantu mangsa banjir dengan lebih efisien dan sistematik.

“NADMA bertindak sebagai kordinator penyelamat bencana alam yang sebelum ini dibawah tanggungjawab Majlis Keselamatan Negara.

“NADMA penting dalam pengurusan bencana banjir negara termasuk selepas pasca banjir dalam memberi bantuan seperti makanan, pakaian dan tempat pemindahan mangsa-mangsa banjir,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika sesi penggulungan Bajet 2018 peringkat jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri di Dewan Rakyat, Selasa.

Tambahnya pembangunan yang melampau sehingga memusnahkan alam sekitar telah dikenalpasti sebagai punca utama berlakunya bencana alam seperti banjir dan tanah runtuh.

Penebangan hutan yang berleluasa telah menyebabkan banyak kawasan tadahan hujan pupus dan menyebabkan banjir boleh berlaku seperti yang telah terjadi kepada Pulau Pinang pada 5 November lalu.

“Kita lebih untung menyimpan hutan daripada membuang hutan. Aktiviti pembangunan yang tidak seimbang telah menjejaskan ekosistem alam yang menyebakan banjir,” katanya sambil menambah bahawa kerajaan akan terus membina dan memulih kembali hutan yang telah musnah.

Sementara itu menjawab berhubung Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), jelas Shahidan ESSCOM akan sentiasa bekerjasama dengan pasukan keselamatan negara mempertingkatkan keselamatan di perairan pantai timur Sabah.

“Antara tindakan yang diambil oleh ESSCOM ialah mempertingkatkan dengan rondaan intensif dan mengadakan ‘coordinator petrolling’ dengan Filipina dan Indonesia dalam mengawasi perairan dan ruang udara di kawasan tersebut.

“Kita juga mempertingkatkan kawalan di pintu masuk terutamanya di lapangan terbang dan pelabuhan-pelabuhan bagi dalam mengetatkan kawalan keselamatan di sana.

“ESSCOM juga mengadakan operasi dalam mengesan individu yang terlibat dalam aktiviti keganasan dengan melibatkan NBOS bersama agensi-agensi kerajaan,” jelasnya.

Mengenai isu pencerobohan nelayan asing ke dalam perairan negara, Shahidan menjelaskan Angkatan Pemguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) akan meningkatkan rondaan dan bertindak tegas untuk membanteras pencerobohan nelayan asing yang telah mencuri hasil perikanan negara.

Sementara itu, katanya kerajaan telah berjaya membina 10,991 unit rumah Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PRIMA) di seluruh negara.

“Kedudukan pelaksanaan projek PR1MA telah mengurus 295,885 unit. 141,661 daripada itu sedang dalam pembinaan di pelbagai peringkat,” jelasnya.

Share This:




Berita Bertarikh pada 14 November 2017 9:34 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]