Kategori Berita Utama

Nafsu besar PAS selepas batal tahalul siyasi PKR

14 MEI: Hanya tiga hari selepas membatalkan hubungan politik dengan PKR, PAS dilihat ‘bernafsu besar’ berikutan  mengumumkan akan bertanding di sembilan kerusi parlimen di Wilayah Persekutuan pada PRU-14.

Pengumuman terbabit dibuat Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Mohamad Noor Mohamad selepas Konvesyen Pilihan Raya Wilayah Persekutuan parti itu pada hari ini, sekaligus menyaksikan PAS bakal menentang bekas sekutu mereka dalam Pakatan Rakyat serta Barisan Nasional dalam pertarungan tiga penjuru.

Menurut beliau, keputusan meletak calon itu adalah selaras dengan keputusan Majlis Syura Ulama bahawa tahaluf siyasi dengan PKR hanya tinggal sejarah.

Berikutan itu, PAS akan bertembung dengan di empat kerusi tradisi PKR iaitu Bandar Tun Razak, Batu, Wangsa Maju dan Lembah Pantai serta DAP di Segambut.

Pada ketika ini Lembah Pantai dan Batu disandang oleh Naib Presiden PKR, iaitu Nurul Izzah Anwar, dan Tian Chua.

Bandar Tun Razak dipegang oleh bekas ahli PKR, Tan Sri Khalid Ibrahim, manakala Wangsa Maju dan Segambut dipegang oleh Datuk Dr Tan Kee Kwong dan Lim Lip Eng dari pada DAP.

Pada masa yang sama  Mohamad Noor mendakwa PAS boleh menawan kerusi Segambut yang juga kubu kuat DAP, walaupun bukan kawasan majoriti Melayu.

Wilayah Persekutuan mempunyai 13 kerusi parlimen dan daripada jumlah itu PAS tidak memenangi sebarang kerusi pada pilihanraya lalu selepas gagal mempertahankan kerusi Titiwangsa serta tewas di Labuan dan Putrajaya yang disandang oleh Barisan Nasional.

Sementara itu, pada majlis yang sama, Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasruddin Hassan berkata parti Islam itu membayangkan keyakinan untuk bertanding di lebih 100 kerusi parlimen pada PRU-14.

“Kita mungkin akan meletakkan lebih 100 kerusi parlimen yang akan dipertandingkan, cuma 40 itu kita sasarkan menang dan mudah menang,” katanya Ahad

Pada pilihan raya umum lalu, parti itu bertanding di 76 kerusi Parlimen di seluruh negara dan di Wilayah Persekutuan, mereka bertanding di Putrajaya, Labuan dan Titiwangsa.

Bagaimanapun PAS hanya memenangi 21 kerusi Parlimen dan kini tinggal 15 kerusi susulan enam Ahli Parlimen mereka menyertai PAN.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 14 May 2017 7:44 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: