Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Nahas jalanraya: 1 maut tercampak keluar, 1 cedera

13 JULAI: Seorang lelaki rentung manakala seorang lagi cedera dalam nahas dua kenderaan yang terbakar di Kilometer 321.6 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) hala utara di Tapah pagi tadi.

Dalam kemalangan jam 3.10 pagi itu, pemandu kereta PROTON Iswara dikatakan tercampak keluar selepas kenderaan itu dipercayai merempuh pembahagi jalan.

Kereta berkenaan dan mangsa dirempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Estima dari belakang.

Mangsa yang dikatakan tersepit di bawah Toyota Estima rentung selepas MPV itu dan kereta mangsa terbakar.

Difahamkan, kejadian turut menyebabkan seorang yang menaiki Toyota Estima cedera manakala dua lagi dalam kenderaan itu terselamat.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 3.31 pagi.

Beliau berkata, anggota yang tiba tidak lama selepas kejadian segera memadam kenderaan.

“Pihak bomba mendapati seorang mangsa rentung dan terperosok di bawah Toyota Estima sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

“Mangsa menaiki Toyota Estima yang cedera dihantar dengan kenderaan bomba ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

“Operasi tamat jam 5.31 pagi,” katanya hari ini.

Difahamkan, mayat dibawa ke Hospital Tapah manakala mangsa yang cedera cedera dihantar ke Hospital Kampar.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 13 July 2017 9:57 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: